Fareez Azman
Huzir
berkata, antara laporan diterima mendakwa buku terbabit mengandungi
fakta tidak benar, menghina dan berunsur fitnah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka tiga lagi kertas siasatan
terhadap terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berhubung
penerbitan buku berjudul 'My Story: Justice in the Wilderness'.
Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata
antara laporan polis diterima mendakwa buku terbabit mengandungi fakta
tidak benar, menghina dan berunsur fitnah.
"Lagi
kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen
203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972," katanya
seperti dilporkan Berita Harian.
Jelasnya setakat ini, polis telah menerima 134 laporan polis dari seluruh negara terhadap bekas Peguam Negara itu.
Sebelum
ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat
memaklumkan pihaknya telah membuka kertas siasatan terhadap Thomas
selepas menerima laporan bekas pegawai kanan Jabatan Peguam Negara,
Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.
Beberapa
laporan polis juga dibuat oleh pemimpin parti politik serta bekas Peguam
Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada Khamis lalu.
Buku berjudul 'My Story: Justice in the Wilderness'
itu mengundang reaksi pelbagai pihak terutamanya beberapa pemimpin
politik termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan