HALAMAN SANTAI

Ahad, 14 Februari 2021

Pejuang tidak mahu PRU15 dalam masa terdekat - Muhkriz

Adie Sufian Zulkefli
Pejuang tidak mahu PRU15 dalam masa terdekat - Muhkriz
Mukhriz berkata, negara masih bedepan ancaman COVID-19 dan keutamaan 
semua pihak ketika ini adalah memikirkan tentang keselamatan dan kebajikan 
rakyat. - Gambar fail
 
JERLUN: Presiden Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir, menyifatkan sekarang bukan masa sesuai untuk mana-mana pihak menggerakkan usaha ke arah mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
 
Ahli Parlimen Jerlun itu berkata, negara masih bedepan ancaman COVID-19 dan keutamaan semua pihak ketika ini adalah memikirkan tentang keselamatan dan kebajikan rakyat.
 
"Kami rasakan bahawa bukan masanya untuk adakan pilihan raya umum lagi. Biarlah habis penggal ini pun tak apa iaitu pada 2023.
 
"Tapi dalam tempoh sekarang sampai tempoh 2023, kalau ubah semula kerajaan tak apa asalkan jangan kita mendedahkan rakyat kepada risiko penularan wabak ini seperti mana yang berlaku setelah Pilihan Raya Negeri Sabah," katanya.
 
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Sanitasi Masjid di Jerlun, hari ini.

Tiada ulasan: