Abd Hadi Che Awang
Ronald berkata, parti berkenaan kini sedang berusaha bersungguh-sungguh
membentuk kerjasama erat antara parti dalam PN.
BUKIT KAYU HITAM: Dakwaan mengatakan UMNO menjadi 'abang besar' atau 'big brother' dalam
proses untuk memulihkan jalinan kerjasama antara parti berkenaan dengan
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya satu persepsi politik.
Menurut
Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ronald Kiandee, parti berkenaan kini
sedang berusaha bersungguh-sungguh membentuk kerjasama erat antara parti
yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) termasuk UMNO.
Jelasnya,
agenda untuk mentadbir dan membangunkan negara dengan baik, mewujudkan
suasana politik harmoni serta memberikan kesejahteraan kepada rakyat
hanya akan dapat dicapai melalui satu bentuk kerjasama yang erat dan
padu.
"Ini (dakwaan mengatakan UMNO itu abang besar hanya) persepsi politik, we (Bersatu) are doing our best untuk bekerjasama dengan semua parti dalam PN.
"Bagi
pendirian Bersatu, hanya melalui kerjasama yang erat, yang padu, kita
dapat meneruskan agenda untuk mentadbir negara, mewujudkan suasana
politik yang (harmoni) dan juga menumpu usaha membangun ekonomi
negara... dan rakyat jelata akan dapat manfaat daripada persefahaman
yang erat antara parti yang ada dalam kerajaan," katanya.
Mengenai kemelut dalam UMNO, beliau enggan mengulas lanjut dan berkata: "Itu kena tanya UMNO,".
Ronald
berkata demikian ketika sidang media selepas melakukan lawatan di
Kompleks Tahanan Sejuk Beku, Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan
Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam pada Jumaat.
Sebelum
ini, Pengerusi Bersatu Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata
Bersatu tidak boleh berbuat apa- apa sekiranya UMNO berasakan parti itu
sebagai ‘abang besar’ atau 'big brother' berhubung jalinan kerjasama antara kedua-dua belah pihak menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Jelasnya,
pihaknya akan mencari jalan terbaik untuk membuat rundingan semula
dengan UMNO supaya dapat bekerjasama dengan parti itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan