Adie Sufian Zulkefli
Meurut
Datuk Seri Mahadzir Khalid, kenyataan yang dikeluarkan segelintir
pemimpin UMNO untuk terus menyokong Bersatu setakat ini hanyalah
pandangan masing-masing. - Gambar fail
PADANG TERAP:
Tiada sebarang krisis dalam UMNO apatah lagi dalam kalangan pimpinan
parti itu berikutan perbezaan pendirian untuk meneruskan kerjasama
dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan sebaliknya.
Naib
Presiden UMNO, Datuk Seri Mahadzir Khalid menegaskan, kenyataan yang
dikeluarkan segelintir pemimpin UMNO untuk terus menyokong Bersatu
setakat ini hanyalah pandangan masing-masing.
Tegas beliau, setiap isu yang tercetus dan boleh menyebabkan perpecahan harus diselesaikan secara profesional dan dalaman.
“Kalau
kita tak boleh selesai secara profesional, secara dalaman itu
menunjukkan sudah ada krisis yang berlaku. Kalau setakat masing masing
bagi pandangan itu belum krisis,” kata Mahadzir.
Beliau
berkata demikian ketika ditemui pada Program Ceria ke Sekolah CSR
Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Pejabat Pendidikan Daerah Padang Terap,
hari ini.
Mahadzir berkata demikian
sebagai mengulas tindakan beberapa pemimpin dan wakil rakyat UMNO yang
menyatakan untuk meneruskan kerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya
Umum ke-15 (PRU-15).
Ini sekali gus ia
bertentangan dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang akan
menamatkan kerjasama itu di peringkat nasional pada PRU akan datang.
Mahdzir berkata, sebarang keputusan yang dibuat dalam UMNO sudah mengambil kira untung rugi seperti urusan perniagaan.
Katanya,
pandangan Melayu akan berpecah sekiranya UMNO tidak meneruskan
kerjasama dengan Bersatu adalah mengikut tafsiran individu yang
mengeluarkan kenyataan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan