AKTOR Tony Eusoff menempelak sikap segelintir pengendali laman sosial Facebook yang menganggap tuala wanita sebagai sesuatu yang memalukan.
Difahamkan laman sosial Facebook tersebut merupakan sebuah kumpulan politik yang mengkritik program anjuran Wanita Keadilan Johor yang mengagihkan tuala wanita kepada orang ramai di tepi jalan, baru-baru ini.
Tony,43, menerusi ciapannya di Twitter jelas amat bengang dengan pemikiran masyarakat hari ini yang menganggap tuala wanita itu sebagai satu perkara yang melucukan.
“Yang terpaling bangang di antara yang bangang-bangang. Saya sebagai lelaki tak ada pun masalah dengan tuala wanita. Dari kecil sampai besar dah biasa dengan lumrah alam berdarah sebulan sekali.
“Takkan nak pertikaikan ‘design’ (aturan) Tuhan? Apa yang malunya?.
“Baru sahaja sambut Hari Wanita sedunia tapi ada lagi yang kata tuala wanita ini memalukan. Memalukan siapa sebenarnya? Mak kau tak ajar dari kecil ke?.
“Nasib baik ‘where I come from’ tak buat macam itu. Beli kotak macam itu saja bawa balik rumah. Ingat lagi ‘brand’ dia ada daun masa itu. Tak malu pun, yang mula bungkus dengan keras bagai itulah dalang yang memalukan,” tulisnya.
Untuk info, Wanita Keadilan Johor telah mengadakan program menyantuni masyarakat Parlimen Tebrau dan juga Dun Putri Wangsa selain turut menghulurkan bantuan kepada masyarakat setempat yang terpinggir di kawasan berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan