Astro Awani
Shahril
menegaskan bahawa ia adalah tidak wajar untuk menjulang perkara
sedemikian sedangkan hal-hal lain diketepikan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Dakwaan ‘100 Hari Perdana Menteri: Kad laporan KPI Ahmad Maslan
dibebaskan daripada pendakwaan, Rosmah dapat balik pasport untuk
melancong ke Singapura dan Zahid dibenarkan untuk terbang ke Jerman dan
kini Najib memohon untuk diberi semula pasportnya’ dibidas oleh Ketua
Penerangan UMNO, Shahril Hamdan.
Kata
Shahril, penggunaan grafik sedemikian adalah tindakan pihak tertentu
yang tidak ada modal untuk memburukkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk
Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO.
Memetik laporan UMNO Online, Shahril menegaskan bahawa ia adalah tidak wajar untuk menjulang perkara sedemikian sedangkan hal-hal lain diketepikan.
“Ini keputusan mahkamah dan hal membabitkan perundangan.
“Kita tidak boleh angkat apabila perkara yang minat kita julang, apabila perkara yang tak minat kita mengata,” jelas beliau.
Shahril
turut menjelaskan bahawa kes Datuk Seri Ahmad Maslan telah bertindak
melawan pendakwaan terhadapnya pada 2019 adalah disebabkan kompaun yang
terlalu tinggi, iaitu sebanyak 50 kali ganda oleh Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM).
“Beliau sanggup melawan keputusan tersebut di mahkamah. Namun apabila jumlah kompaun berbalik kepada asal maka ia dipersetujui.
“Berkenaan
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula, beliau dibenarkan ke
Jerman bagi mendapatkan rawatan, sementara Datin Seri Rosmah Mansor
pula adalah untuk menemani anak mereka Nooryana Najwa yang dijadual
bersalin tidak lama lagi,” katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan