
MELAKA – Kerjasama politik antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) di peringkat persekutuan boleh dilakukan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Setiausaha Agung PN,
“Dalam masa terdekat, kita akan umumkan bagaimana kerjasama yang akan diadakan,” katanya.
Sementara itu Ahmad Samsuri berkata, Pas optimis kerjasama antara PN dan MN yang terdiri daripada Pas dan UMNO dapat dicapai dan parti itu akan terus memainkan peranan penting dalam memperkukuh dan memperkasa kerjasama bersama parti komponen lain dalam PN dan MN sebagai persiapan berdepan dengan PRN Melaka.
Ahmad Samsuri berkata, setiap parti komponen di dalam PN dan MN mempunyai peranan masing-masing dalam menentukan hala tuju perjalanan politik negara.
“Pas optimis kerjasama antara PN dan MN dapat dicapai… sebab itu tidak timbul isu Pas meminggirkan mana-mana parti dari PN atau MN,” katanya.
Beliau juga berkata, Pas di pelbagai peringkat sudah mengadakan beberapa siri pertemuan secara rasmi dan tidak rasmi bagi meneroka jalan ke arah kesefahaman yang lebih baik bersama kepimpinan Bersatu dan UMNO termasuk dari segi pembahagian kerusi.
Bagaimanapun beliau berkata jumlah kerusi yang disasarkan PAS tidak dapat didedahkan kerana ia sebahagian daripada strategi parti itu bagi menghadapi PRN Melaka. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan