Fareez Azman
AHMAD
SAMSURI: Kedua-dua PN dan MN merupakan entiti yang penting dalam negara
kerana masing-masing ada peranan yang perlu kita pertahan dan
perkukuhkan. - Gambar failAYER KEROH:
Pas memainkan peranan penting dalam memperkukuh Perikatan Nasional (PN)
dan Muafakat Nasional (MN) meskipun kerjasama politik antara gabungan
parti itu untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) belum diputuskan.
Naib
Presiden Pas, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, parti itu juga
optimis untuk memastikan kata putus kerjasama itu dimuktamadkan dalam
masa terdekat.
“Kedua-dua
PN dan MN merupakan entiti yang penting dalam negara kerana
masing-masing ada peranan yang perlu kita pertahan dan perkukuhkan.
“Memang
sejak dulu lagi Pas sentiasa menekankan untuk memperkasa kedua-dua
gabungan parti ini. Jadi tidak timbul soal kita meminggirkan mana-mana
parti komponen dalam PN atau MN,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Gempur PN Melaka di Hotel MiTC di sini, hari ini.
Hadir
sama, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin, tiga Naib
Presiden Bersatu, Datuk Seri Ronald Kiandee dan Datuk Rafiq
Naizamohideen serta Datuk Radzi Md Jidin.
Dalam
pada itu ujarnya, Pas yakin kerjasama rakan politik pada PRN Melaka
November depan akan dapat dicapai tanpa sebarang pergeseran.
“Pas
ada berbincang dan membuat penilaian untuk mencari titik persamaan
kerana kalau matlamat itu kita tidak jumpa, sampai bila-bila (kerjasama)
tidak boleh dicapai, tambahnya.
Terdahulu,
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari pengundian PRN Melaka
pada 20 November depan, hari mengundi awal pada 16 November manakala
penamaan calon pada 8 November.
Ia
selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka terpaksa dibubarkan selepas
mendapat persetujuan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka,
Tun Mohd Ali Rustam.
Adly sebelum ini
memaklumkan pihaknya kini mengumpul maklumat dan menyiapkan proses
dokumentasi berhubung keabsahan pembubaran yang dipersetujui Tun Mohd
Ali itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan