HALAMAN SANTAI

Khamis, 14 Oktober 2021

Pejabat Ketua Pembangkang dinaik taraf setara pejabat Menteri

Afiezy Azaman
Pejabat Ketua Pembangkang dinaik taraf setara pejabat Menteri
Perdana Menteri telah menyerahkan surat pengesahan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menaik taraf status Pejabat Ketua Pembangkang dengan kemudahan setara pejabat Menteri. - Gambar fail/Astro AWANI
 
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menyerahkan surat pengesahan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menaik taraf status Pejabat Ketua Pembangkang dengan kemudahan-kemudahan yang setara dengan pejabat Menteri.
 
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke melalui laman akaun Facebook miliknya selepas menghadiri mesyuarat kedua Jawatankuasa Pemandu Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH), pada Isnin.
Sumber Facebook lokesiewfook
 
"Sebelum mesyuarat bermula, Perdana Menteri telah menyerahkan surat pengesahan kepada Ketua Pembangkang untuk menaik taraf status pejabat Ketua Pembangkang dengan kemudahan-kemudahan yang setara dengan pejabat Menteri.

Tiada ulasan: