Abd Azharee Abdul Wahid

Kata
Ramkarpal Singh, perkara itu harus dihindari dengan segala cara
memandangkan PH mempunyai komitmen undang-undang anti lompat parti. -
Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR:
Pakatan Harapan akan hilang kredibiliti sekiranya menerima empat orang
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menarik diri dari kerajaan negeri
Melaka yang juga telah mencetuskan krisis politik yang tidak diingini
di Melaka.
Kata Ahli Parlimen Bukit
Gelugor Ramkarpal Singh, perkara itu harus dihindari dengan segala cara
memandangkan PH mempunyai komitmen undang-undang antilompat parti
berdasarkan Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani bersama
kerajaan baru-baru ini.
Kata
Ramkarpal dalam satu kenyataan media, adalah tidak sesuai sekiranya PH
menerima 4 ADUN tersebut dan dalam masa yang sama mendesak undang-undang
anti lompat parti.
“Keempat-empat adun boleh bertanding secara bebas.
“Sekiranya
dibenarkan bertanding di bawah panji PH ia dilihat akan menggagalkan
usaha PH berkenaan undang-undang anti lompat parti dan mengundang
kecaman ramai,” katanya.
Tegas Ramkarpal
lagi, PH juga tidak boleh dilihat bersubahat dalam tindakan mereka
sekaligus boleh merugikan PH dalam pilihan raya umum akan datang juga.
Sebelum ini, beberapa pemimpin PH telah menyuarakan kebimbangan mereka untuk bekerjasama dengan keempat-empat ADUN tersebut.
Isu itu juga dikatakan menyebabkan ketegangan tercetus dalam gabungan itu.
Kenyataan
ini dibuat susulan terdapat spekulasi bahawa PH akan menerima
keempat-empat ADUN tersebut - bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri
Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai
Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas - Pengkalan Batu) dan Datuk
Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) - sebagai calon mereka dalam
pilihan raya negeri Melaka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan