Shuhada Abdul Kadir
Ditanya
sama ada akan terus mempertahankan kerusi DUN Lendu pada PRN nanti,
Sulaiman berkata beliau menyerahkan semuanya kepada pucuk pimpinan
parti. - Foto BERNAMA
AYER KEROH:
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menegaskan sesiapa
sahaja mempunyai hak untuk membawa apa jua perkara ke mahkamah.
Ia
termasuk isu saman yang difailkan Pakatan Harapan (PH) Melaka terhadap
pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, 4 Oktober lalu serta
keabsahan kerajaan ‘caretaker’ di bawah pimpinannya.
“Bubar
pun dia (PH) tidak mahu, apa pun mereka tidak setuju. Jadi saya tidak
ada komen kerana perkara itu pun sudah difaikan. Teruskan sahajalah dan
tunggu (keputusan) mahkamah.
“Pilihan
Raya Negeri (PRN) juga sudah diputuskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR), kalau kata mereka (tetap) mahu cabar di mahkamah, cabar lah! Itu
hak dia,” katanya.
Beliau berkata
demikian selepas menyampaikan sumbangan sempena Sambutan Deepavali
anjuran Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Melaka
(BISTARI) Negeri Melaka, di sini, hari ini.
Semalam
Adly Zahari yang juga bekas Ketua Menteri menfailkan semakan kehakiman
di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bagi mencabar pembubaran
Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-14 pada 4 Oktober lalu.
Dalam
semakan kehakiman itu, Adly menamakan Ketua Menteri sementara, Datuk
Seri Sulaiman Md Ali; Speaker DUN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh;
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR); dan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun
Mohd Ali Rustam sebagai responden pertama sehingga empat.
Dalam
pada itu Sulaiman yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Lendu turut mempersoalkan adakah Adly dan blok PH akan bertanding pada
PRN, November ini.
“Kalau kata hendak
cabar di mahkamah, (Adly) bertanding ataupun tidak ? Parti lawan
bertanding ? Dah cabar di mahkamah, lepas itu akan bertanding ? Tidak
tahu lah,” soalnya.
Dalam pada itu,
ditanya sama ada akan terus mempertahankan kerusi DUN Lendu pada PRN
nanti, Sulaiman berkata beliau menyerahkan semuanya kepada pucuk
pimpinan parti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan