Astro Awani
Kerajaan
sementara jelasnya boleh hilang kuasanya selepas kerajaan baharu
dibentuk dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan kelak. -
Gambar fail
MELAKA:
Selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada 4 Oktober
lalu, timbul pula persoalan berhubung keabsahan (legitimasi) kerajaan
sementara atau 'caretaker' seperti diumumkan oleh Speaker Dewan Undangan
Negeri (DUN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Susulan itu juga Pakatan Harapan (PH) Melaka telah membawa kes
pembubaran DUN Melaka itu ke mahkamah supaya ia dapat dijadikan teladan
dan rujukan sekiranya perkara seumpama itu berulang lagi di masa
hadapan.
Menurut
Pakar Undang-Undang Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Hafidz Hakimi
Haron, pembentukan kerajaan sementara di peringkat negeri tidak
termaktub dalam Perlembagaan Negeri berbanding Perlembagaan Persekutuan.
"Sebenarnya
tidak ada peruntukan khusus di dalam Perlembagaan Negeri Melaka
mengenai pembentukan sebuah kerajaan sementara, seperti yang ada d
idalam Perlembagaan Persekutuan.
"Untuk
di peringkat Persekutuan seperti yang termaktub di bawah Perkara
43(2)(b) Perlembagaan tersebut. Disebabkan tiada dalil perundangan yang
khusus, jadi ini bermakna kerajaan sementara Negeri Melaka adalah
dibentuk berdasarkan konvensyen," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Kuasa kerajaan sementara
Mengulas
lanjut, jelas Hafidz, kuasa sebuah kerajaan sementara adalah bersifat
minimum bagi meneruskan polisi sedia ada demi kepentingan awam.
"Jadi
seperti yang kita maklum, kuasa sebuah kerajaan sementara adalah
bersifat minimum kerana ia sudah tidak mempunyai legitimasi mutlak.
"Fungsi
utama kerajaan sementara adalah untuk meneruskan polisi-polisi sedia
ada bagi memastikan kepentingan awam terus terpelihara.
"Kerajaan
negeri juga tidak boleh meluluskan atau merangka apa-apa polisi yang
besar kerana kekurangan legistimasi tersebut," katanya lagi.
Malah
kerajaan sementara jelasnya akan hilang kuasanya selepas kerajaan
baharu dibentuk dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan
kelak.
"Legitimasi Ketua Menteri
sementara berkenaan dengan kerajaan sementara di peringkat Persekutuan
pernah disebut di dalam kes Abd Ghani Ali lawan Timbalan Pendakwa Raya
dimana telah menjadi kewajipan untuk mempunyai Kabinet dalam sepanjang
masa.
"Jika kita gunakan analogi yang
sama di peringkat negeri, jadi ianya boleh terpakai. Namun pada pendapat
saya keabsahan kerajaan sementara boleh dicabar di mahkamah sekiranya
ia dibentuk dengan tidak melalui prosedur atau proses yang betul,"
katanya lagi.
Situasi politik Melaka
Mengulas situasi di Melaka apabila ada pemimpin politik yang ingin mencabar keabsahan kerajaan sementara menerusi mahkamah.
Jelas
Hafidz, proses semakan kehakiman boleh dilakukan oleh mana mana pihak
bagi memastikan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dilakukan secara
tepat.
"Pemasalahan yang saya nampak pada waktu ini, adalah sama ada wujud atau tidak prosedur tersebut di peringkat negeri?
"Lebih
mendalam lagi, adakah pembubaran DUN yang dilakukan mengikut
lunas-lunas prosedur undang-undang yang wajar dan sepatutnya?
"Ini
penting kerana sekiranya pembubaran DUN tidak dilakukan secara tepat,
maka ianya pembubaran tersebut boleh tercabar, sekaligus menggugat
keabsahan kerajaan sementara," katanya lagi.
Bagaimanapun,
semakan kehakiman tambahnya adalah proses semak dan imbang bagi
memastikan prosedur undang-undang berkaitan diikuti.
Keputusan mahkamah yang akan ditentukan juga katanya akan menjadi tauladan kepada kes-kes sama yang timbul selepas ini.
"Apa- apa keputusan mahkamah kelak akan menjadi tauladan atau precedent kepada apa-apa kes berkaitan yang timbul selepas ini.
"Dalam
hal ini selagi mana ianya berpatutan, saya tidak lihat ianya sebagai
tekanan politik semata mata, malah ianya lebih kepada satu proses semak
dan imbang yang kita amalkan di negara ini.
Sebagai
sebuah demokrasi yang meraikan doktrin pemisahan kuasa, ini penting
bagi memastikan segala undang-undang dipatuhi dan diikuti.
"Cuma
harapan saya mana-mana pihak yang 'menekan' mengikuti dan menggunakan
saluran yang betul, itu sahaja," jelas pakar undang-undang itu lagi.
Perlukah diisytihar Darurat?
Mengulas mengenai keperluan mengisytiharkan Darurat bagi mengelakkan Pilihan Raya Negeri (PRN) dijalankan di Negeri Melaka.
Jelas
Hafidz, tindakan itu amat wajar bagi mengelakkan lebih banyak
kemudaratan kesihatan awam berlaku yang boleh mengancam nyawa rakyat.
"Pada
pandangan saya jika kita lihat dari perspektif pandemik COVID-19 atau
kesihatan awam, memanglah wajar darurat diisytihar bagi mengelak lebih
banyak mudarat.
"Tetapi ini mungkin juga menimbulkan sedikit masalah kerana tidak seperti di Negeri Sarawak, DUN Melaka telahpun dibubarkan.
"Jadi
legitimasinya lebih kurang dibandingkan di Sarawak. Ini mungkin
membangkitkan isu-isu yang lain oleh kerana DUN sudah dibubarkan,"
katanya.
Ia termasuk kekangan pembentangan Belanjawan Negeri.
"Misalannya
soal kelulusan bajet kerajaan negeri kelak sebagainya. Belanjawan tidak
boleh dibentang di DUN kerana DUN sudahpun dibubarkan.
"Jadi
pada saya mungkin juga akan timbul kecelaruan pentadbiran. Soalnya
sekiranya darurat diisytiharkan, berapa lama tempoh yang bersesuaian?
"Dalam
keadaan situasi semasa yang tidak menentu, mungkin agak susah untuk
kita tentukan berapa lama, tambahan pula kerajaan sementara didakwa
sebagai kerajaan yang tidak mempunyai sokongan majoriti," jelasnya lagi.
Dewan
Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan pada 4 Oktober lalu selepas
Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd
Rustam bersetuju membuat keputusan itu.
Ia
selepas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengutuskan
surat pembubaran kepada Tun Mohd Ali susulan empat bekas Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap kerajaan negeri.
Empat
bekas ADUN itu adalah Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk
Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee
(Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan