Irwan Muhammad Zain
Setiausaha
Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menjelaskan perkara itu diputuskan
dalam mesyuarat MKT UMNO pada Khamis malam. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mengesahkan pengguguran keahlian
Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan yang bertindak menarik
sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menjelaskan perkara itu diputuskan dalam mesyuarat MKT UMNO pada Khamis malam.
Dalam pada itu, Ahmad menjelaskan MKT UMNO turut membincangkan persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
“Adalah
diarahkan agar jentera parti di setiap peringkat membuat persiapan yang
rapi bagi menghadapi PRN ini dengan menuruti SOP yang akan ditetapkan
oleh SPR,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis malam.
Katanya,
MKT UMNO juga berharap agar Persidangan UMNO Cawangan yang akan
diadakan di 191 bahagian bermula 15 Oktober hingga 30 November dapat
berjalan mengikut SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara
(MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ahmad
turut menjelaskan MKT UMNO menyokong keputusan yang dibuat oleh
kerajaan baru-baru ini berhubung penubuhan jawatankuasa khas siasatan
kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib; semakan semula
berkenaan kes Pulau Batu Puteh dan siasatan mengenai dakwaan terhadap
bekas Peguam Negara, Tommy Thomas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan