Bernama

Setiausaha
Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata ini termasuk kerjasama
antara parti itu dengan Pas menerusi Muafakat Nasional serta Bersatu. -
Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Isu agihan kerusi dan kerjasama antara parti politik pada Pilihan Raya
Negeri (PRN) Melaka akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi
(MT) UMNO akan datang.
Setiausaha Agung
UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata ini termasuk kerjasama antara parti
itu dengan Pas menerusi Muafakat Nasional serta Bersatu.
Beliau berkata bagaimanapun, segala perbincangan bergantung kepada keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan PRN itu.
"Kita
menanti penuh debaran keputusan SPR Isnin ini. Apa jua keputusannya
kita terima dengan hati terbuka," katanya kepada pemberita selepas
mesyuarat itu di Bangunan Dato Onn di sini malam ini.
Mesyuarat itu, yang berlangsung lebih tiga jam, dipengerusikan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan