Sinar Harian

Abdul
Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, dalam menghadapi pilihan
raya, Pas perlu bersedia menjadi parti yang kuat dan kukuh. - Gambar
fail
SHAH ALAM:
Pas akan memastikan semua calon yang diketengahkan dalam pilihan raya
akan datang adalah individu yang berwibawa dan memenuhi semua sifat
sebagai pemimpin.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kriteria itu penting bagi memastikan calon yang dipilih itu benar-benar layak.
"(Kriteria)
ini penting yang kita mesti pilih. Kita hendak pilih calon bukan sahaja
untuk menjadi rakan berbual di kedai kopi. Tetapi kita mahu calon yang
turun padang termasuk calon yang mampu bergerak di Parlimen dan Dewan
Undangan Negeri (DUN).
"Ini
penting supaya kita mampu memerintah negara dan negeri. Perkara ini
mesti kita atur dan susun," katanya ketika menyampaikan ucapan sempena
Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan yang dimuat naik di laman Facebook
beliau pada Isnin.
Abdul Hadi yang juga
Ahli Parlimen Marang berkata, dalam menghadapi pilihan raya, Pas perlu
bersedia menjadi parti yang kuat dan kukuh.
"Parti
yang kuat mestilah melalui tarbiah, kekuatan rohani, kekuatan jentera
dan paling utama adalah pengurusan parti itu perlu kuat," ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan