Hilmi Malik

Menurut
Shamsul Bahari, aktiviti berkempen secara fizikal dilihat mampu menjadi
potensi besar untuk berlakunya penularan wabak COVID-19.
KUALA LUMPUR : Apa yang berlaku sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lalu sewajarnya dijadikan iktibar buat ahli politik.
Mahu
atau tidak, PRN Melaka telah diputuskan untuk diadakan pada 20 November
maka semua pihak perlu memberikan perhatian khusus terumanya bagi
memastikan ia berjalan lancar dan selamat.
Pakar
Pengurusan Risiko Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Universiti
Malaysia Sabah (UMS), Prof Madya Shamsul Bahari Shamsudin berkata,
gelombang COVID-19 tidak mustahil untuk terjadi sekiranya langkah
pencegahan diabaikan.
Menurutnya, aktiviti berkempen secara fizikal dilihat berpotensi besar untuk menyebabkan berlakunya penularan wabak itu.
“Saya
jangkakan kempen secara fizikal mempunyai risiko yang sangat tinggi
apabila ada orang dari luar Melaka yang turut hadir kemudian mengadakan
majlis untuk berkempen.
“Masing-masing
akan membuka ruang dan peluang untuk berlakunya risiko pendedahan
COVID-19,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Mengulas
lanjut, beliau turut mengharapkan agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
dapat meneliti secara rapi prosedur operasi standard (SOP) bagi
mengadakan PRN Melaka.
Sebaliknya kata
Shamsul Bahari, pendekatan berkempen secara dalam talian adalah jauh
lebih baik dalam situasi negara masih berada dalam risiko penularan
wabak.
“Kita boleh jadikan PRN Melaka ini sebagai percubaan bagaimana untuk melihat proses pilihan raya secara maya.
“Saya berasakan ia tidak akan menjadi masalah kerana sebelum ini beberapa majlis kerajaan turut diadakan secara maya.
“Malah
fasa persekolahan sudah hampIr dua tahun diadakan secara maya jadi
mengapa tidak ahli politik ini cuba belajar bagaimana untuk berkempen
secara dalam talian,” katanya lagi.
Pada 4
Okt lepas, SPR menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran DUN
Melaka daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh
setelah kerajaan negeri pimpinan BN hilang majoriti di DUN.
Dewan
Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan pada 4 Okt lalu selepas Yang
Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Rustam bersetuju membuat keputusan itu.
Ia susulan empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap kerajaan negeri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan