Shuhada Abdul Kadir
Dominic
berkata pemecatan selaras dengan komitmen parti dalam memastikan calon
yang dipertaruhkan pada PRN nanti, menang dengan majoriti besar. -
Gambar fail
MELAKA:
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) bertegas memecat ahli parti itu
yang dikesan cuba mensabotaj calon dalam mana-mana parti komponen
Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November
ini.
Presidennya, Datuk Dominic Lau Hoe
Chai berkata ia selaras dengan komitmen parti itu dalam memastikan
calon yang dipertaruhkan pada PRN nanti, menang dengan majoriti besar.
“Selari
dengan kesungguhan dan komitmen parti untuk memastikan PN menang pada
pilihan raya nanti, Gerakan telah menubuhkan jentera yang akan diketuai
oleh Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Seri Michael Gan Peng Lam.
“Maka
Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) juga telah membuat keputusan jika ada
ahli parti sabotaj mana-mana calon, tindakan pecat serta merta akan
diambil,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas CWC di Melaka Raya hari ini.
Mengulas
soal jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi
memandangkan parti itu tidak mempunyai kerusi di Melaka ketika ini,
ujarnya perkara berkenaan hanya akan diputuskan pucuk pimpinan.
“Bagi
parti Gerakan jika kita dapat kerusi atau kawasan untuk bertanding,
kita akan pastikan (jentera) ‘all out’ termasuk memastikan semua
pengundi untuk mendapatkan sokongan.
“Memang
sebagai parti politik semasa mengambil bahagian (bertanding), kita akan
pastikan parti bersama gabungan PN akan berjaya dan menang dalam PRN
Melaka.
“Soal berapa banyak kerusi akan
ditandingi belum dimuktamadkan lagi dan hanya akan diumumkan oleh pucuk
pimpinan PN pada masa yang tepat ,” tambahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan