Firdaus Azil

PRN
Melaka bakal memberi bayangan tentang landskap pertembungan parti-parti
politik sewaktu pilihan raya umum akan datang. - Foto Facebook Hamzah
Zainudin
KUALA LUMPUR:
Bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kian terasa, malah makin ramai
pembesar-pembesar politik kelihatan berkunjung ke negeri itu, yang pada
satu ketika merupakan tumpuan perdagangan terbesar di rantau ini.
Terbaharu,
Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri
Hamzah Zainuddin berkongsi gambar sedang menjamu masakan ikonik negeri
itu, iaitu Asam Pedas, bersama-sama dengan Setiausaha Agung Pas Datuk
Seri Takiyuddin Hassan.
Turut
menyertai sesi itu restoran terkenal Asam Pedas Pak Man itu, ialah Naib
Presiden parti masing-masing, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dan
Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.
“Piau
betul makan hari ini, lebih-lebih lagi makan bersama sahabat,” menurut
catatan ringkas Ahli Parlimen Larut merangkap Menteri Dalam Negeri itu
lagi.
Menurut
pemerhati politik, PRN Melaka yang bermula 8 November (hari penamaan
calon), sehingga 20 November (hari pengundian) itu, bakal memberi
bayangan tentang landskap pertembungan parti-parti politik sewaktu
pilihan raya umum yang akan datang.
Pada
pilihan raya umum yang lepas, Melaka, yang sinonim dengan frasa ‘Bandar
Bersejarah’, telah mencatatkan satu lagi sejarah apabila Barisan
Nasional hanya mendapat 13 kerusi Dewan Undangan Negeri, berbanding
Pakatan Harapan (15).
Susulan kegagalan
itu, Pakatan Harapan telah membentuk Kerajaan Negeri, dengan menamakan
ADUN Bukit Katil dari Parti Amanah Negara (Amanah) Adly Zahari sebagai
Ketua Menterinya.
Namun, Adly, yang juga
Pengerusi Pakatan Harapan Melaka, terpaksa melepaskan kerusi Ketua
Menteri pada Mac 2020, kerana konflik di peringkat persekutuan,
menyaksikan Bersatu keluar dari Pakatan Harapan, termasuk dua ADUN,
Datuk Norhizam Hasaan Baktee (DAP – Pengkalan Batu) dan Datuk Muhammad
Jailani Khamis (PKR – Rembia).
Susulan situasi itu, ADUN Lendu Datuk Seri Sulaiman Md Ali (BN – Lendu)_telah dipilih menjadi Ketua Menteri yang baharu.
Namun,
negeri itu sekali lagi dilanda kemelut politik apabila empat ADUN,
termasuk Norhizam, membuat keputusan tidak menyokong kepimpinan
Sulaiman, menyebabkan Yang di-Pertua Negeri Tun Mohd Ali Rustam
membubarkan DUN.
RN kali ini juga bakal menyaksikan UMNO bertanding di bawah bendera
Barisan Nasional, susulan keputusan Majlis Kerja Tertingginya untuk
tidak mempunyai sebarang hubungan politik dengan Bersatu.
Selain
itu, PAS juga akan bersama-sama dengan Bersatu di bawah bendera
Perikatan Nasional (PN), sekaligus memberi bayangan tentang kerjasama
politik yang bakal berlaku pada PRU nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan