HALAMAN SANTAI

Isnin, 18 Oktober 2021

PRN Melaka ketepi semangat MoU PH-Kerajaan

MGF061021_MESYUARAT-PKR_13
Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjalan keluar selepas pada mesyuarat Pakatan Harapan mengenai pembubaran DUN Melaka di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, Selangor. Foto SYFAIQ AMBAK

RAWANG – Isu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak mencerminkan semangat Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani oleh Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Ketua Pembangkang itu, isu yang timbul daripada keruntuhan kerajaan negeri Melaka tidak ditangani dengan telus dan tiada perbincangan dengan pihak pembangkang dilakukan terlebih dahulu.

“MoU tidak sebut tentang PRN negeri tetapi dia semangat MoU itu nampak diketepikan juga kerana semangat MoU itu ketelusan, perbincangan dan muafakat, ini tidak berlaku dalam kes PRN Melaka.

“Walaupun PM ada panggil saya dan sebut perkara ini sedikit sebelum ini, tapi ada juga kejayaan antaranya reformasi Parlimen,” katanya pada sidang media di Serendah, dekat sini, hari ini.

Pada September lalu, wakil kerajaan dan gabungan pembangkang memuktamadkan memorandum persefahaman di antara kerajaan Persekutuan dan PH.

Tiada ulasan: