Astro Awani

Bagaimanapun
ketika ditemui hari ini, Abang Jo berkata dia kini berada dalam dilema
sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 diadakan atau
sebaliknya. - Foto Astro AWANI
KUCHING:
Teka-teki pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak masih belum
terjawab susulan belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan Ketua
Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Bagaimanapun
menurut Abang Jo, beliau kini berada dalam dilema sekiranya Pilihan
Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 diadakan atau sebaliknya.
‘’Saya
ini serba salah, ini masa 'kecederaan'. Sekiranya saya masih teruskan,
nanti orang akan bertanya mengapa masih hendak jadi Ketua Menteri
sedangkan sudah tidak ada mandat dan kuasa.
‘’Kalau
kita meminta kepada rakyat supaya memilih kerajaan (melalui pelaksanaan
PRN) yang ada mandat kita dikatakan takut dengan Undi18. Ini jelas,
kita juga menghormati Undi18,’’ katanya.
Abang Jo berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan Majlis Meet in Malaysia @Sarawak di sini, pada Jumaat.
Mengulas
lanjut mengenai Undi18, Abang Jo berkata Sarawak sudah meminda
Perlembagaan Negeri Sarawak bagi membolehkan pelaksanaan Undi18
direalisasikan.
‘’Kerajaan Negeri Sarawak
meminda Perlembagaan Negeri Sarawak bagi membolehkan remaja 18 tahun
jadi pengundi. Saya tahu ada tiga negeri belum lagi berbuat demikian.
‘’Jadi
ini demokrasi. Kami juga mahu remaja 18 tahun mengundi tapi DUN kami
dah tamat tempoh dan hanya menunggu tendangan penalti,’’ tambahnya.
Sebelum
ini, desas-desus mengatakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan
dibubarkan pada hari ini. Namun, tiada sebarang pengesahan diberikan
dari Abang Jo.
Hari ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menegaskan keputusan untuk mengadakan PRN12 terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Jelasnya lagi, ini kerana Sarawak ketika ini masih lagi dalam tempoh Proklamasi Darurat sehingga Februari tahun depan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan