Fareez Azman

Muhyiddin berkata, telah mengarahkan agar rundingan oleh Bersatu, Pas dan Gerakan diadakan segera. - Gambar/ Bernama
TANGKAK:
Perikatan Nasional (PN) berkemungkinan besar akan bertanding di semua
28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN)
Melaka November depan.
Pengerusi PN, Tan
Sri Muhyiddin Yassin, berkata secara dasarnya perkara itu sudah
dipersetujui semua parti komponen dalam gabungan berkenaan.
Beliau
yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), berkata
pecahan kerusi antara parti komponen PN bergantung kepada keadaan bagi
memastikan kemenangan berpihak kepada PN.
"Itu sebab semalam saya gesa segerakan rundingan antara parti dalam PN.
"Pada
dasarnya mereka bersetuju 28 kerusi DUN yang dipertandingkan di Melaka
kita bahagaikan mengikut situasi dan keadaan dan diharapkan kita dapat
mencapai kejayaan.
"Saya fikir besar
kemungkinan kita bertanding di semua kerusi dan 28 kerusi dibahagikan di
antara parti yang saya sebutkan tadi (Bersatu, Pas dan Gerakan),"
katanya ketika ditemui di Bukit Gambir pada Jumaat.
Beliau turut berkata sudah menjangkakan keputusan UMNO untuk tidak bekerjsama dengan Bersatu.
"Saya
dah agak perkara itu... responsnya begitu... tapi sebagai satu tindakan
berhemah di peringkat kita... kita nak dengar mereka kata sah... dan
sekarang meraka kata no way dan itu fakta.
"Saya
dah maklumkan di Melaka dah kita bersedia untuk hadapi apa saja bentuk
pertandingan sama ada secara dua, tiga atau empat 4 penjuru... itu tidak
menjadi masalah bagi kita," jelasnya.
Terdahulu,
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika ditemui pemberita
pada Khamis malam sekali lagi mengulangi pendirian parti itu untuk tidak
mengadakan sebarang kerjasama dengan Bersatu pada PRN Melaka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan