HALAMAN SANTAI

Selasa, 30 November 2021

Guan Eng, bawa ayah kamu pergi berubat – Najib

MALAYSIA POST

Guan Eng, bawa ayah kamu pergi berubat – Najib

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus mempersoalkan tindakan Lim Kit Siang mengaitkan namanya dalam setiap kenyataan media dikeluarkan pemimpin veteran DAP itu.

“Uncle Lim Kit Siang terus ratib nama dalam kenyataan media dia tiap-tiap hari.

“Bezanya ialah Uncle sudah kurang berani post statement dia di page Facebook setelah kena belasah teruk minggu lepas.

“Bila dia tak sebut nama saya, dia sebut pula nama Allahyarham ayahanda saya atau nama adik saya.

“Guan Eng, mohon bawa ayah kamu pergi ubat sebelum terlambat,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Terdahulu Kit Siang sering kali mengaitkan nama Najib dalam setiap kenyataan media dikeluarkannya, termasuk mendakwa Najib mahu dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

Ia susulan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka minggu lalu. – Malaysiapost

PRN Sarawak: PAS bertanding kurang 11 kerusi – Tuan Ibrahim

MALAYSIA POST

PRN Sarawak: PAS bertanding kurang 11 kerusi – Tuan Ibrahim

PAS mengesahkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada 18 Disember ini.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata walaupun jumlah kerusi yang bakal dipertandingkan pada PRN Sarawak masih dalam penelitian, PAS akan bertanding kurang daripada 11 kerusi, tidak seperti PRN Sarawak sebelum ini.

Beliau berkata, penyertaan PAS pada PRN Sarawak kali ini dijadikan sebagai kayu pengukur gerak kerja parti tersebut di negeri berkenaan.

“PAS sudah banyak kali bertanding di Sarawak dan PAS Sarawak memutuskan bahawa mereka akan turun bertanding pada kali ini.

“Jumlah kerusi masih sedang diteliti, namun ia tidak besar. Dulu kita bertanding sebanyak 11 kerusi, tapi kali ini mungkin tak sampai jumlah tersebut untuk melepaskan angin orang politik.

“Kita nak lihat prestasi petugas-petugas yang perlu diberi latihan. Disebabkan kita berdepan PRN Sarawak dalam norma baharu, mereka bersedia dengan suasana tersebut,” katanya dipetik Sinar Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Denai Sungai Langat di Bangi, hari ini.

Sementara itu, Tuan Ibrahim turut menafikan dakwaan bahawa PAS menentang penyertaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam PRN tersebut.

Katanya, setiap parti politik mempunyai hak untuk bertanding dan mereka juga ada keperluan berbuat demikian.

“GPS bukan komponen dalam Perikatan Nasional (PN). Mereka hanya mesra dengan kerajaan Pusat, jadi saya fikir tujuannya bukan untuk menstabilkan politik di peringkat Pusat.

“Bagi PAS, yang menjadi komponen dalam PN dan Bersatu, kita sambut baik bukan sahaja Sabah dan Sarawak, malah mana-mana pihak yang menyokong kestabilan politik negara,” katanya. – Malaysiapost

 

DISYORKAN UNTUK ANDA:

  BERITA PELBAGAI TOPIK SEMASA DALAM ' DIALOG RAKYAT       

‘Kit Siang, Tun M, Anwar bimbang sangat Najib jadi PM’ – Puad

 MALAYSIA POST

‘Kit Siang, Tun M, Anwar bimbang sangat Najib jadi PM’ – Puad

AHLI Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan tindakan berterusan Lim Kit Siang menyerang Datuk Seri Najib Razak kerana bimbang Ahli Parlimen Pekan itu kembali menjadi Perdana Menteri.

Beliau berkata, hakikatnya Kit Siang menyedari bahawa usahanya yang berterusan menyerang Najib, tidak lagi relevan untuk menjatuhkan Umno.

“Kenapa Lim Kit Siang terus menyerang Najib? Dia tahu taktik itu tidak lagi relevan untuk jatuhkan Umno.

“Sebenarnya dia, Tun M dan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) tidak mahu Najib kembali jadi PM. Lagi susah Umno dikalahkan. Takut pada bayang bayang sendiri,” tulisnya ringkas di Facebook.

Sementara itu, dalam hantaran berasingan, Mohd Puad membidas kenyataan gerakan Otai Reformasi yang merayu pemimpin komponen Pakatan Harapan (PH) untuk berhenti menyalahkan Anwar berhubung kegagalan gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Beliau berkata, Otai Reformasi tidak mahu berpijak di bumi nyata dan terus mempertahankan Anwar walaupun Presiden PKR itu adalah liabiliti yang jadi punca PH kalah teruk pada PRN Melaka.

“Otai Reformasi merayu jangan salahkan Anwar. Sedangkan Anwar punca PH dilanda ‘trust deficit’

“Otai Reformasi 2X5 dengan Tun M, Lim Kit Siang dan Anwar. Terbukti, di 8 kali PRK termasuk PRN Sabah dan Melaka serangan terhadap Najib tidak laku.

“Kenapa serang Najib. Kenapa tidak serang dasar BN. PH-PN malu kerana dasar BN seperti GST lebih berjaya. Sedangkan harga barang terus naik di bawah dasar SST PH-PN,” katanya. – Malaysiapost

HSR: ‘Kalau Muhyiddin kembali jadi PM, mungkin batal lagi’ – Shabery

MALAYSIA POST

HSR: ‘Kalau Muhyiddin kembali jadi PM, mungkin batal lagi’ – Shabery

AHLI Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyambut baik cadangan Malaysia yang mahu projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dibincangkan semua dengan republik itu.

Beliau berkata, walaupun negara terpaksa menangung kerugian berikutan pembayaran pampasan RM320 juta susulan pembatalan projek itu sebelum ini, namun ia masih boleh diterima sekiranya mendatangkan keuntungan lebih besar pada masa hadapan.

Namun, Ahmad Shabery berkata, apa yang membimbangkan ramai penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin masih ‘beriya-ria’ mahu Ahli Parlimen Pagoh itu kembali menjadi Perdana Menteri.

“Khabarnya HSR KL-Singapura nak dibincang semula. Pampasan RM320 juta dah dibayar. Rugi tetap rugi. Cuma kalau rugi secupak untung segantang masih boleh diterima.

“Yang bimbang sikit, ramai penyokong PM 8, masih beriya nak jadikan dia PM ke 10 semula,” katanya menerusi Facebook.

Ahmad Shabery berkata, sekiranya Muhyiddin kembali menjadi Perdana Menteri Ke-10 tidak mustahil beliau akan membatalkan balik mana-mana perjanjian yang sudah dipersetujui.

“Tak mustahil kalau dia batal balik mana-mana yang sudah dipersetujui. Bayar pampasan lagi.

“Pi mai-Pi mai tang tu le. Jiran kita pasti senyum gembira,” sindirnya.

Semalam, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong berkata, republik itu terbuka untuk menerima cadangan baharu daripada Malaysia berkaitan projek HSR Kuala Lumpur-Singapura walaupun kedua-dua negara sebelum ini bersetuju menamatkan projek tersebut.

Hsien Loong berkata, Kementerian Pengangkutan kedua-dua negara akan membincangkan perkara tersebut dan Singapura berharap menerima butiran lebih terperinci daripada Malaysia.

Pada 1 Januari lalu, Malaysia dan Singapura mengumumkan bersama penamatan projek HSR apabila kedua-dua negara gagal mencapai persetujuan bagi perubahan yang dicadangkan Malaysia sebelum perjanjian projek itu luput pada 31 Disember, 2020.

Pada Mac tahun ini, Malaysia mengumumkan ia membayar SG$102.8 juta (SG$1=RM3.09 juta) kepada Singapura bagi kos yang ditanggung berkait pembangunan projek HSR dan berkaitan dengan pelanjutan penangguhannya. – Malaysiapost

Harga naik, inflasi tinggi masa Muhyiddin PM – Najib

MALAYSIA POST

Harga naik, inflasi tinggi masa Muhyiddin PM – Najib

BERIKUTAN harga barangan naik mendadak ketika ini, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa naratif memburukkan Barisan Nasional (BN) sedang giat dilakukan.

Najib berkata, naratif itu untuk menunjukkan kerajaan diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob daripada BN gagal mengawal kenaikan harga barang dan inflasi ketika ini.

“Parti Bersatu kata objektik utama mereka ialah untuk mengembalikan Muhyiddin sebagai PM.

“Page-page propaganda PPBM-PN utama seperti page Otai pun telah mulakan serangan bertubi-tubi atas PM Ismail Sabri.

“Isu utama yang mereka gunakan sekarang ialah harga barang naik biarpun inflasi sudah mula naik mencanak dan harga sering cecah paras tertinggi masa Muhyiddin jadi PM,” katanya di Facebook, hari ini.

Mengulas lanjut, Najib berkata, menteri yang terlibat dalam isu ini adalah dibarisi daripada parti yang ingin menjatuhkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

“Paling membimbangkan ialah Menteri-menteri dalam kerajaan Ismail Sabri juga merupakan menteri utama yang mengatur dasar ekonomi, pertanian, kewangan, perladangan yang mempengaruhi harga barang khususnya harga makanan juga adalah dari parti yang mahu tumbangkan Ismail.

“Diorang serang Ismail berkenaan harga barang naik, tapi dorang juga yang bertanggungjawab atas dasar-dasar yang sebabkan harga barang naik,” katanya.

Najib yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat BN berkata, sejak April lalu beliau telah menjelaskan punca kenaikan harga serta memberi pelbagai cadangan untuk kawal atau redakan kenaikan harga barang.

“Kenapa menteri-menteri ini tak mahu pertimbangkan?” soalnya. – Malaysiapost

Bahasa Melayu: Jangan jadikan sekolah vernakular ‘kambing hitam’ 30/11/2021

MALAYSIA POST

Bahasa Melayu: Jangan jadikan sekolah vernakular ‘kambing hitam’

SEMUA pihak harus mencari jalan yang lebih kritikal dalam usaha pemerkasaan Bahasa Melayu, berbanding menjadikan sekolah vernakular sebagai satu-satunya sebab masalah itu, kata Nik Nazmi Nik Ahmad.

Ahli Parlimen Setiawangsa itu berkata pemerkasaan Bahasa Melayu adalah isu yang harus ditangani secara bersama.

Beliau berkata isu tersebut sering dibangkitkan oleh Umno serta PAS dan selalu disambut oleh Bersatu.

Menurutnya ketika Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan, isu-isu tersebut sering dijaja untuk mengundang kemarahan masyarakat Melayu.

“Liberalisasi sekolah antarabangsa merupakan dasar diperkenalkan Umno. Berapa ramai anak pimpinan Umno dan Bersatu memilih menghantar anak mereka ke sekolah antarabangsa, malah bersekolah di luar negara? Bagaimana pula dengan kualiti Bahasa Melayu mereka?

“Ramai pelajar SJKC ada penguasaan Bahasa Melayu yang lebih baik berbanding anak-anak keluarga elitis ini. Had 40% pelajar Malaysia di sekolah antarabangsa dimansuhkan menyebabkan tiada lagi had jumlah pelajar Malaysia di sekolah antarabangsa.

“Ini bukan kerja PH, tetapi Menteri Pendidikan Umno tahun 2012 Muhyiddin Yassin, yang kini Presiden Bersatu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Nik Nazmi yang juga Ketua Setiausaha Pengelola PKR mengulas kenyataan Ketua Penerangan Pemuda Bersatu, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir yang menyatakan pihaknya kekal dengan pendirian berhubung sekolah vernakular yang wajar dimansuh secara berperingkat.

Mohd Ashraf Mustaqim berkata, langkah itu diambil sekiranya Bahasa Melayu tidak dimartabat dan persejarahan Malaysia disongsangi menerusi silibus di sekolah vernakular.

Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata semua pihak harus mencari jalan untuk menjadikan Sekolah Kebangsaan menjadi lebih berkualiti dan inklusif, supaya ia mampu menarik ibu bapa.

“Saya percaya dengan perbincangan dan strategi yang betul, kita mampu meningkatkan kualiti sekolah kebangsaan – semua ibu bapa daripada pelbagai bangsa akan menghantar anak-anak mereka ke sana.

Sebaliknya taktik lapuk bermain politik sempit perkauman bukanlah cara untuk menyelesaikan isu ini,” katanya. – Malaysiapost

‘Saya meluat dengan janji kerajaan nak berlaku adil’ – Syed Saddiq

MALAYSIA POST

‘Saya meluat dengan janji kerajaan nak berlaku adil’ – Syed Saddiq

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui sudah meluat dengan janji kerajaan untuk berlaku adil dalam memberikan peruntukan kepada Ahli Parlimen.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu menzahirkan rasa kecewa kerana mendakwa kerajaan melakukan diskriminasi terhadap rakyat Muar dengan tidak memberikan sebarang peruntukan kepada Parlimen berkenaan.

Syed Saddiq berkata, lebih mengecewakan apabila Ahli Parlimen kerajaan mendapat peruntukan RM5 juta dan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) akan menerima RM3.8 juta tahun hadapan.

Jelasnya, beliau sudah tiga kali bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob termasuk mengutarakan perkara itu dalam Parlimen, namun isu itu masih belum selesai.

“Jumpa PM 3 kali dah. Tanya soalan kepada Menteri di Parlimen, berkali-kali dah.

“Konon nak settle luarlah, boleh handlelah. Mana duit Parlimen Muar? Parlimen kerajaan dapat sampai RM5 juta. Muar dapat kosong.

“Saya dah meluat dengan janji kerajaan nak berlaku adil,” katanya menerusi Facebook.

Dalam hantaran sama, Syed Saddiq turut menyertakan rakaman video pertanyaan beliau dalam Dewan Rakyat mengenai perkara itu.

Syed Saddiq berkata, tindakan kerajaan tidak memberikan peruntukan yang adil terhadap Ahli Parlimen adalah satu kesilapan.

“Mengapa rakyat Muar dihukum kerana tidak menyokong kerajaan?. (Di Muar)nelayan teruk terkesan, orang kampung bila banjir atap hilang, tak ada tempat nak duduk.

“Kamu (kerajaan) kena jawab dengan mereka kenapa Parlimen lain jauh lebih baik daripada Muar,” katanya.

Dalam pada itu, Syed Saddiq berkata, sekiranya kerajaan mahu mewujudkan budaya politik baharu, jangan melakukan diskriminasi mengikut sokongan politik. – Malaysiapost

RN Sarawak: Bawa kemajuan di luar bandar, Rosey mungkin kekal di DUN Bekenu

Afiezul Samit
PRN Sarawak: Bawa kemajuan di luar bandar, Rosey mungkin kekal di DUN Bekenu
Ia sekali gus menjadikan Rosey antara calon wanita GPS yang akan bertanding pada PRN12.
 
NIAH: Datuk Rosey Yunus dijangka dicalonkan semula oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak.
Ia sekali gus menjadikan Rosey antara calon wanita GPS yang akan bertanding pada PRN12 selepas penyandang DUN Samariang, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.
 
Memberi bayangan itu ketika menyampaikan ucapan di Majlis Perasmian Waterfront Niah Fasa II, Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Rosey dilihat mampu membawa kemajuan di luar bandar selain mudah untuk didekati rakyat.
 
"Rosey nanti akan bekerja keras. Saya harap insyaallah kalau kitak (masyarakat Bekenu) bersetuju. Kitak mahu Rosey terus berkhidmat, saya akan umumkan," katanya.
 
Terdahulu Rosey dalam ucapannya mengharapkan agar kerajaan menjadikan daerah kecil Niah dinaik taraf menjadi daerah penuh dalam usaha merancakkan lagi pembangunan di kawasan sekitar termasuk Subis dan Bekenu.
 
Namun ujar Rosey, untuk mencapai kemajuan itu, Sarawak harus dipimpin oleh sebuah kerajaan yang stabil.
 
"Kita harus mempunyai kerajaan yang stabil, mempunyai sumber kewangan yang pelbagai dan kukuh. Jadi mari kita jadikan kemenangan GPS di Bekenu sebagai hadiah kepada Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari," katanya.
 
Empat calon wanita GPS menyertai DUN Sarawak iaitu ADUN Dalat Datuk Seri Fatimah Abdullah, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (Samariang), Datuk Rosey Yunus (Bekenu) dan Semoi Peri (Lingga).
 
Manakala, Puan Sri Jamilah Anu memenangi ADUN Tanjung Datu dalam Pilihan Raya Kecil 2017.
Pada PRN11, Datuk Rosey Yunus menang dengan majoriti 4,789 mengalahkan tiga calon lain iaitu Bill Kayong (PKR), Austin Sigi Melu (Bebas) dan Jou @ Peter Jelin (Bebas).

PRN Sarawak: 'Saingan kali ini memang mencabar, tapi saya tidak risau' - Chukpai Ugon

Syafik Shukri Jalil
PRN Sarawak: 'Saingan kali ini memang mencabar, tapi saya tidak risau' - Chukpai Ugon
Pada PRN11, Chukpai berjaya memperoleh 3,265 undi menewaskan tiga calon lain melibatkan Mathew Silek (DAP), Stanley Ajang Batok (Bebas) dan Abun Sui Anyit (PKR)- FOTO/ Astro AWANI
 
BINTULU: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon tidak risau dengan saingan yang bakal didepani sekiranya dia kekal bertanding di DUN tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.
 
Ujarnya, walaupun banyak parti baharu yang muncul dan akan bertanding dalam pilihan raya kali ini, beliau optimis rakyat akan membuat penilaian yang tepat.
 
“Untuk PRN12 ini saya jangka akan lebih sengit oleh kerana banyak parti-parti baharu.
“Pada PRN11 yang lalu, saya bersaing dalam saingan empat penjuru melibatkan PKR, DAP dan Bebas tetapi berjaya peroleh kemenangan.
 
“Secara jujurnya, saya tidak risau kerana penggal yang lepas dari tahun 2016 kita telah memberi perkhidmatan yang terbaik dan saya yakin dengan apa yang kita telah laksanakan,” katanya ketika ditemui di Bintulu pada Isnin.
 
Tambahnya, antara cabaran lain pada PRN kali ini adalah penggunaan logo GPS buat kali pertama.
Namun ia tidak akan sesekali menjejaskan keupayaan GPS untuk meraih lebih banyak kemenangan, katanya.
 
“Kali ini mungkin senarionya agak berbeza kerana inilah pertama kali kita menggunakan lambang parti kita sendiri.
 
“Bagaimanapun rakyat negeri Sarawak khususnya di DUN Murum tahu apa yang telah kita laksanakan selama ini dan penggunaan logo ini bukan satu masalah," tambahnya lagi.

Pada Ahad, Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan bahawa Chukpai akan kekal dicalonkan dalam PRN12.
 
Pengumuman dibuat Abang Jo semasa menyampaikan ucapan sempena Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sungai Asap, Belaga.
 
Chukpai merupakan penyandang kerusi Dun Murum sejak 2016.
 
Pada PRN11, beliau berjaya memperoleh 3,265 undi menewaskan tiga calon lain melibatkan Mathew Silek (DAP), Stanley Ajang Batok (Bebas) dan Abun Sui Anyit (PKR).

Gabungan PKR dan Amanah wajar dipertimbang - Najwan Halimi

Hilmi Malik
Gabungan PKR dan Amanah wajar dipertimbang -  Najwan Halimi
Kedua-dua parti politik dilihat mempunyai agenda politik yang serupa serta prinsip terhadap kebajikan rakyat menurut Mantan Ketua Angkatan Muda Keadilan Selangor, Mohd Najwan Halimi.
 
KUALA LUMPUR : Cadangan untuk menggabungkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah) sewajarnya mendapat pertimbangan kedua-dua pimpinan parti politik berkenaan.
 
Mantan Ketua Angkatan Muda Keadilan Selangor, Mohd Najwan Halimi berkata, ini kerana kedua-dua parti berkenaan dilihat mempunyai agenda yang sama termasuk penekanan terhadap kebajikan rakyat.
 
“Kedua-dua parti memiliki citra politik yang sama yakni mengangkat agenda Reformasi, mendukung prinsip keadilan sosial serta membela hak dan kebajikan rakyat terbanyak.
 
“Penggabungan Amanah ke dalam Keadilan pastinya akan membantu melonjak dukungan serta membina keyakinan rakyat khususnya pengundi Melayu terutamanya di luar bandar khususnya dalam usaha memenangi sokongan mereka dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
 
Mengulas lanjut, Mohd Najwan berpendapat, langkah itu juga mampu untuk menyelesaikan isu pembahagian kerusi selain meningkatkan keupayaan jentera kedua-dua parti menjelang pilihan raya akan datang.
 
Selain itu pada pandangannya, cadangan gabungan itu juga secara tidak langsung mampu memperkukuh kepimpinan di dalam PKR yang sebelum ini dilihat retak ekoran berlakunya ‘Langkah Sheraton’ pada tahun lalu.
 
Baru-baru ini, penganalisis politik, Wong Chin Huat telah mencadangkan agar PKR dan Amanah bergabung untuk dijadikan sebagai sebuah parti politik yang membentuk kerjasama.

GPS mampu menang semua kerusi jika bergerak satu pasukan – Abang Jo

KUCHING – Gabungan Parti Sarawak (GPS) mampu menang di semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) itu, 18 Dis depan, kata Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Abang Johari yang juga Ketua Menteri Sarawak berkata perkara itu boleh dicapai sekiranya gabungan parti itu bergerak dalam satu pasukan.

“Jika kita berjuang di medan perang (pilihan raya) dengan satu semangat dan satu pasukan, kita boleh sapu semua 82 kerusi,” katanya dalam ucapan pada majlis pelancaran jentera GPS bagi PRN Sarawak di sini, malam tadi.

Abang Johari berkata jentera GPS harus membawa mesej untuk membantu rakyat semasa keluar berkempen dalam PRN ke-12 itu, kelak.

“Kita keluar dan terus berjuang demi Sarawak. Sama-sama kita bergerak dengan satu nada, satu irama dan satu lagu. Ini tanggungjawab kita semua,” katanya.

GPS terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Setiausaha Agung GPS Datuk Seri Alexander Nanta Linggi sebelum ini berkata GPS akan bertanding di semua 82 kerusi DUN Sarawak pada PRN akan datang.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRN Sarawak pada 6 Dis, pengundian awal pada 14 Dis dan hari pengundian pada 18 Dis.- BERNAMA

DISYORKAN UNTUK ANDA:

 BERITA PELBAGAI TOPIK SEMASA DALAM ' DIALOG RAKYAT          

PH tak lama kalau ada pemimpin macam Anthony – Otai Reformis

MGF29112021_SIDANG-MEDIA-OTAI-REFORMIS20211124_0004
Setiausaha Otai Reformis, Abdul Razak Ismail bercakap pada sidang media berkenaan membantah pengganti Presiden Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Restoran Amjal, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ

KUALA LUMPUR – Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke diselar apabila dilihat menyalahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana kekalahan Pakatan Harapan (PH) semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini.

Setiausaha Otai Reformis 1998, Abdul Razak Ismail berkata, kenyataan pemimpin DAP itu jelas mempertikaikan kredibiliti Anwar sebagai Ketua Pembangkang yang juga merupakan Pengerusi Pakatan Harapan dan Presiden PKR.

“Kita tanya Anthony Loke, siapa pengganti yang dia maksudkan selepas PKR kehilangan 13 ahli Parlimen yang tinggalkan PKR. Siapa yang wajar gantikan Anwar?

“Kita kena pastikan Anthony berpijak di buki nyata, tidak terus jadikan Anwar punching bag ekoran kekalahan PH di Melaka,” katanya pada sidang media hari ini.

Baru-baru ini, Anthony dilaporkan sebagai berkata, PH tidak lagi boleh lagi terus menamakan Anwar sebagai satu-satunya calon Perdana Menteri mewakili gabungan itu selepas kalah teruk dalam PRN Melaka baru-baru ini.

Sebaliknya, menurut Anthony tumpuan PH kini sepatutnya kepada agenda reformasi, bukan semata-mata mencalonkan Anwar.

Justeru, Ahli Parlimen Seremban itu berkata, sudah tiba masanya kedudukan Anwar sebagai ketua pembangkang dan Presiden PKR, dikaji semula.

Mengulas lanjut, Abdul Razak meluahkan rasa curiga terhadap motif Anthony menyuarakan cadangan tanpa menamakan calon sesuai untuk menggantikan Anwar.

“Adalah dia maksudkan Presiden Warisan (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal) adalah seorang yang setaraf dengan karisma Anwar?” soalnya.

Barisan Nasional (BN) semasa PRN Melaka baru-baru ini, memenangi 21 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan di Melaka manakala PH pula hanya berjaya menang lima manakala dua Perikatan Nasional (PN).

Untuk rekod, pada pilihan raya yang lalu, PH memenangi negeri itu dengan 15 kerusi.

Dalam pada itu, Presiden Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia (GBMRM), Mustapa Mansor menjangka PH tidak akan bertahan lama sekiranya lebih ramai pemimpin dalam PH seperti Anthony.

MGF29112021_SIDANG-MEDIA-OTAI-REFORMIS20211124_0003
Presiden Gabungan Memorandum Rakyat Malaysia, Mustapa 
Mansor bercakap pada sidang media berkenaan membantah 
pengganti Presiden Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar 
Ibrahim di Restoran Amjal, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL 
SHAUFIQ

Jelasnya, semua pemimpin gabungan berkenaan sepatutnya menggunakan Majlis Presiden PH dengan sebaiknya untuk menyuarakan, membincangkan dan mencari jalan penyelesaian.

“Masalah-masalah yang sebenarnya telah disepakati, soal logo, calon telah disepakati tiga pihak dalam PH ini yang kita rasa kenapa perlu dibahas di luar dari Majlis Presiden.

“Kalau Majlis Presiden PH telah berfungsi dengan baik tiba-tiba kita rasa pelik kenapa Anthony Loke, yang biasanya hadir (dalam mesyuarat) mengeluarkan kenyataan yang tidak wajar.

“Sekiranya semua pihak mengambil sikap sama seperti Anthony Loke, PH ini rasanya tidak lama. Semua nak bercakap benda yang boleh disuarakan dalam Majlis Presiden PH,” tegasnya.

Ujar Mustapa, kekalahan PH di Melaka seharusnya dijadikan pengajaran untuk gabungan itu mengatur strategi yang lebih baik menghadapi PRN Sarawak khususnya dalam keadaan norma baharu.

“Kita juga melihat bahawa PRN Melaka ini bukanlah suatu petanda aras di mana BN sebenarnya (bukan) menang mutlak. Kalau pengundi hanya 65 peratus cuba kalau kita naik 70 peratus telah memberi persaingan.

“Saya setuju dan sepakat bahawa untuk menuding jari ke arah Anwar adalah sesuatu yang tidak patut. Ini adalah satu kaedah dan cara untuk melemahkan lagi PH,” tambahnya.-MalaysiaGazette

Konsep ‘Keluarga Malaysia’ punca DAP bebas cipta provokasi?

 Oleh Athirah Huda Zalhe 

Rakyat mahu kerajaan stabil roh perjuangan, cintakan Islam

BANGI – Konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang diasaskan kerajaan Pusat dipercayai menjadi punca pemimpin parti tamak haloba DAP, Nga Kor Ming bebas bersuara untuk mencipta provokasi yang mengganggu keharmonian negara dan perpaduan rakyat.

Apatah lagi, Setiausaha Agung parti itu juga didapati sering mencetuskan pelbagai isu kontroversi lain sebelum ini, yang jelas mewakili suara gerakan ekstremis, DAP.

Ketua Pemuda Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Ustaz Fahmi Bazlan tidak menafikan, ‘pelakon’ politik terbabit bijak menggerakkan agendanya melalui kenyataan bersifat rasis, namun pada masa sama DAP bekerja keras mendekati dan memenangi hati rakyat.

“Konsep ini akan menyukarkan gelombang kebencian dan penolakan rakyat kepada DAP dan parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH). Mereka sering bersikap seperti suci dalam debu.

“Setiap kali mereka mempertikai hak Islam atau Melayu, masyarakat seolah-olah segan untuk membantah dan hati rakyat seolah-olah cair dengan janji dan pujuk rayu PH,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Malah, Fahmi mendakwa, kerajaan juga seolah-olah tunduk dan menyepi tanpa sebarang tekanan serta sekatan yang dibuat terhadap semua provokasi yang dicetuskan.

“Saya boleh katakan kerajaan terlalu takut untuk bertindak, semacam lembu ditusuk hidung. Apa lagi yang boleh rakyat harapkan daripada kerajaan.

“Rakyat bukan sekadar mahukan kerajaan yang stabil tetapi subur dengan roh perjuangan dan cintakan Islam serta ketuanan Melayu membangun semula peradaban membina negara berdaulat,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Kor Ming yang membidas tindakan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang membekalkan papan tanda mengandungi nama sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina dalam bahasa Melayu dan tulisan Jawi, tetapi bukan dalam aksara Cina.

Ahli Parlimen Teluk Intan itu menggesa kerajaan Pusat menghormati identiti budaya SJKC dan mendakwa isu papan tanda terbabit bertentangan dengan slogan ‘Keluarga Malaysia’.

Ini bukanlah pertama kali Kor Ming mengeluarkan kenyataan yang lantang menolak tulisan Jawi, malah pernah mencetuskan kontroversi lain termasuklah cadangan mengenai status Bumiputera dan melabel kerjasama UMNO-PAS seperti Taliban jika kedua-dua parti itu membentuk kerajaan.

Demi undi Melayu DAP boleh pula guna papan tanda Jawi?

Ainul Illia

'Kalau kena tang depa, menggelupur kepanasan': BERJASA

BANGI – Sikap DAP yang berat sebelah dan rasis terhadap apa jua usaha untuk memperkukuhkan kedudukan tulisan Jawi di negara ini diketahui ramai pihak.

Namun apa yang peliknya, sesuatu perkara menjadi tentangan hebat boleh berubah sekelip mata sekiranya ia mendatangkan manfaat.

Sebagai contoh gambar dimuat naik Ketua Penerangan Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Hazwan Mohamad di laman sosial Telegram beliau yang memaparkan papan tanda DAP Kelantan menggunakan tulisan Jawi.  

“Kalau kena tang depa, menggelupur kepanasan. 

“Tetapi kalau bagi manfaat pada mereka untuk kaut undi orang Melayu, semua tak apa bagi mereka,” katanya dalam satu kenyataan ringkas, hari ini.

Kesal dengan situasi itu, Hazwan meminta supaya parti-parti berunsurkan perkauman terutama sekali DAP, MCA termasuk pertubuhan-pertubuhan Cina agar menyedari hakikat bahawa mereka bertapak di bumi Malaysia.

“Sudah-sudahlah wahai DAP, MCA, Dong Jiao Zhong, terimalah kenyataan bahawa negara yang kamu duduk hari ini mesti punyai identiti nasional yang satu yang kamu tidak boleh benci dan tidak boleh tolak sama sekali,” katanya.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bilut, Lee Chin Chen menyatakan rasa tidak berpuas hati apabila Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang memanfaatkan status bantuan penuh kerajaan untuk menggantikan tulisan Cina pada papan tanda sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dengan tulisan Jawi.

Chin Chen yang merupakan Ketua Pembangkang DUN Pahang membidas tindakan menukar papan tanda dua buah SJKC di Pekan.

Dakwanya, tindakan itu mencabar kesabaran masyarakat pelbagai kaum dan mengambil ringan muafakat sedia ada.

Tiada saksi pun mengaku memberi rasuah kepada Zahid, kata peguam bela

Peguam bela Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhujah dengan mengatakan sepanjang perbicaraan kes melibatkan kes rasuah anak guamnya tiada seorang pun saksi pendakwaan mengaku memberi rasuah kepada Presiden UMNO itu.

Peguam bela, Hisyam Teh Poh Teik berkata pembayaran melalui cek kepada firma guaman Lewis & Co iaitu pemegang amanah kepada Yayasan Akalbudi di mana tertuduh adalah pengasasnya tidak terdapat sebarang elemen rasuah bersabit proses tersebut.

“Tiada saksi yang menyatakan: ‘Ya, saya beri rasuah kepada tertuduh” … saksi menyatakan bahawa transaksi berkenaan adalah diaudit melalui audit dalaman dan audit luar dan bersetuju ia adalah transaksi terbuka.

“Kami menyatakan bahawa tiada elemen rasuah dalam transaksi ini, semuanya sudah diaudit dan cek terbabit juga boleh dikesan.

“Semua pembayaran adalah melalui transaksi cek. Ia (transaksi) tidak dibuat secara rahsia dan tiada apa yang meragukan mengenainya,” katanya… berdasarkan cara transaksi ini, kami menyatakan tiada elemen rasuah yang dibuktikan,” katanya dipetik dalam laporan portal BH hari ini.

Malah, beliau berkata transaksi terbuka tanpa sebarang kerahsiaan dan saksi menyatakan ia turut diaudit berhubung pembayaran berkenaan yang menjadi perkara pokok dalam lapan pertuduhan rasuah dihadapi Zahid.

Pembayaran dibuat itu bagi tujuan sumbangan politik dan kebajikan yang disokong oleh dokumen kewangan, katanya lagi.

Hisyam hari ini memberi penghujahan pada peringkat akhir kes pendakwaan dalam prosiding kes Zahid, 69, yang berdepan 47 pertuduhan membabitkan 12 pertuduhan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah jutaan ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Sementara itu, Hisyam berhujah bahawa lapan tuduhan rasuah ke atasZahid tidak dapat dipertahankan kerana bukti yang dikemukakan oleh pendakwaan adalah tidak jelas.

Oleh itu, beliau menggesa supaya mahkamah tidak memanggil anak guamnya membela diri terhadap pertuduhan berkenaan berdasarkan bukti pendakwaan.

“Mahkamah perlu membuat keputusan berdasarkan bukti terus dan keterangan yang boleh dipercayai. Keterangan daripada saksi pendakwaan sendiri menunjukkan bahawa wang yang itu adalah satu pinjaman.

“Bukti terus daripada saksi pendakwaan juga menunjukkan wang yang diberikan adalah sumbangan politik. Tuduhan yang dikenakan adalah kabur dan tidak boleh berdiri dengan sendiri, ada kelompongan dalam kes pendakwaan dan sehingga hari ini masih tidak dijelaskan. Kami menyatakan pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh,” katanya.

Hujahan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

 

PRU15: Zahid usah lebih sudu dari kuah, kata PH


Pakatan Harapan (PH) menempelak Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan mengingatkan memorandum persefahaman (MoU) berkaitan Pilihan Raya Umum (PRU) yang ditandatangani adalah antara gabungan itu dan kerajaan sedia ada.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata berkata tarikh PRU ke-15 (PRU15) perlu mengikut ketetapan dipersetujui dalam MoU itu.

Bagaimanapun beliau berkata jika ada rundingan untuk membolehkan PRU15 itu diadakan sebelum Julai 2022, ianya harus datang daripada pihak yang menandatangani MoU itu iaitu Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bukannya Zahid.

“Jadi Ahmad Zahid jangan lebih sudu dari kuah. Kita kena pegang apa yang ditandatangani kecuali ada isu besar kerana MoU itu melibatkan akta antilompat parti, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), undi 18 dan suntikan dana Covid-19. Jadi itu yang harus diusahakan untuk dilaksanakan,” katanya.

13 September lalu, MoU itu ditandatangani, oleh Ismail Sabri yang juga Perdana Menteri, dan empat wakil PH, iaitu Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng; Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu; serta Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Semalam, Mingguan Malaysia melaporkan, MoU kerajaan dan PH bukan ‘kitab suci’ untuk tidak membenarkan PRU diadakan sebelum Julai 2022.

Memetik laporan Utusan hari ini, Zahid berkata, bagaimanapun ia tidak bermakna MoU tersebut perlu dilanggar tetapi boleh dirundingkan demi mendapatkan keputusan secara konsensus.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad berkata penjelasan dan alasan munasabah perlu dikemukakan sekiranya mana-mana pihak mahu menukar kebenaran PRU itu seperti mana yang termaktub dalam MoU.

“Jika mahu tukar, perlu berikan penjelasan kenapa, adakah kerana tarikh itu sudah tak boleh diguna pakai atas sebab isu Covid-19 sudah selesai atau sebagainya.

“Andai dahulu kita setuju pada satu tarikh kerana kita rasa kita tak cukup kuat sehingga selepas tarikh itu, tetapi kini ini tiba-tiba oleh kerana Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kita rasa kita cukup kuat, maka tak perlu penuhi semua janji dalam MoU itu termasuk tarikh pembubaran Parlimen.

“Maka, itu bukan soal kitab suci atau bukan kitab suci, tetapi itu ketidakjujuran dalam menangani MoU. Kejujuran penting apabila membuat MoU itu dan usaha untuk menunaikan segala yang dipersetujui bersama dan jika langgar itu sebaik-baiknya dengan persetujuan semua pihak atas alasan munasabah,” ujarnya.

Sementara itu, Penganalisis politik, Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, persetujuan semua pihak yang menandatangani Mou itu amat perlu untuk membenarkan PRU-15 diadakan sebelum Julai 2022.

Bagaimanapun katanya, ke­putusan mengadakan pilihan raya itu tetap bergantung pada Ismail Sabri sama ada untuk mengadakannya sebelum atau selepas Julai 2022

Siapa ADUN Selangor bakal lompat ke Warisan Semenanjung 17 Disember?

 

Siapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor yang bakal menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) apabila parti itu mengembangkan sayapnya di Semenanjung 17 Disember ini masih menjadi teka-teki.

Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal hanya memberi bayangan bahawa seorang ADUN akan menjadi individu pertama yang akan menyertai Warisan Semenanjung.

“Ya… ada ADUN yang akan menyertai (Warisan)… beliau seorang YB,” katanya memberi bayangan kepada media selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Warisan Bahagian Putatan, malam tadi.

Bagaimanapun, khabar angin bertiup kencang menyatakan ADUN terbabit mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.

Selangor mempunyai 56 ADUN meliputi 19 daripada PKR; DAP (15); masing-masing enam daripada Bersatu dan Amanah; Barisan Nasional (lima); Pejuang (tiga) dan masing-masing satu mewakili PAS dan Bebas.

Mengulas lanjut, Shafie berkata pelancaran Warisan Semenanjung pada 17 Disember ini akan memberi tumpuan kepada kawasan tertentu.

Langkah itu bagi memastikan Warisan mempunyai masa mencukupi untuk membuat persediaan di kawasan yang boleh memberi impak pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Saya akan memaklumkan jawatankuasa dan ketua di beberapa negeri. Saya sudah mempunyai senarai yang telah diberikan.

“Kita perlu bersifat selektif maka, ada kawasan yang kita tidak akan buka cawangan kerana kita tidak mempunyai masa yang mencukupi.

“Bagaimanapun, kita sudah melakukan proses yang sepatutnya. Jadi, tiada masalah untuk merealisasikannya,” kata Ahli Parlimen Semporna itu.

Menurutnya, parti itu tidak mahu melebihi had yang ada kerana PRU akan diadakan pada bila-bila masa pada tahun depan atau pada 2023.

PRN Sarawak: GPS pertaruh muka baru bagi DUN Stakan

 MALAYSIA POST

PRN Sarawak: GPS pertaruh muka baru bagi DUN Stakan

PENYANDANG kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Stakan, Datuk Amar Mohamad Ali Mahmud tidak mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12, pada 18 Disember ini.

Perkara itu disahkan Presiden Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang berkata, tindakan Mohamad Ali ingin itu kerana ingin memberi laluan kepada muka baharu.

“Selain itu, terdapat beberapa calon lain yang memberi laluan kepada muka baharu untuk PRN nanti. Antaranya penyandang DUN Tebedu, Datuk Amar Michael Manyin Jawong membuka laluan kepada muka baharu yang berpotensi di kerusi DUN tersebut,” katanya seperti dilapor Utusan Borneo.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Jentera GPS di Auditorium Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera, malam tadi.

Selain dua penyandang itu, Abang Johari menjelaskan, Datuk Wahab Abdul Aziz turut menyatakan hasrat untuk tidak mempertahankan kerusi DUN Kalaka.

“Terima kasih kepada mereka yang memberi laluan kepada calon baharu yang berpotensi untuk PRN12,” katanya.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN-12 Sarawak diadakan pada 18 Disember depan.

Manakala, tarikh penamaan calon pula pada 6 Disember, sementara pengundian awal diadakan pada 14 Disember. – Malaysiapost

Kit Siang akui MoU Kerajaan-PH selamatkan nyawa rakyat

MALAYSIA POST

Kit Siang akui MoU Kerajaan-PH selamatkan nyawa rakyat

VETERAN DAP, Lim Kit Siang mengakui Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pakatan Harapan (PH) dengan Kerajaan Persekutuan dapat menyelamatkan nyawa rakyat daripada krisis Covid-19 yang lebih parah.

Kit Siang berkata, daripada jangkaan mengumpulkan lima juta kes dan 100,000 kematian akibat Covid-19, negara sebaliknya mencatatkan 2,623,816 kes dan 30,309 kematian akibat Covid-19.

Katanya, angka berkenaan direkodkan menjelang 100 hari pertama pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri  Yaakob

“Ini bermakna MOU CSR berjaya mengelakkan 2.4 juta jangkitan Covid-19 dan menyelamatkan kira-kira 60,000 ke 70,000 nyawa. Inilah sebab utama saya menyokong MOU antara Ismail Sabri dan pemimpin PH.

“Apabila negara sedang berhadapan ancaman besar melibatkan jutaan kes dan ribuan korban nyawa, kita perlu ketepikan perbezaan kita untuk melindungi nyawa, punca pendapatan, dan fabrik masyarakat Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, semalam Malaysia mencatatkan 4,239 kes baharu Covid-19 iaitu kadar terendah dalam 196 hari sejak 16 Mei lalu. 

“Kita telah menghentikan keadaan terburuk Covid-19 tetapi kita belum memenangi perang melawan wabak ini.

“Daripada berada dalam kedudukan sedang kalah, MOU CSR ini mengubah arah tuju negara untuk menghentikan peningkatan melampau kes dan kematian akibat Covid-19.” katanya.

Kit Siang berkata, pada hari terakhir 100 hari pertama pentadbiran Ismail Sabri, negara akhirnya terkeluar daripada jerat 4,500 hingga 6,500 kes dengan 4,239 kes baharu dicatatkan semalam.

“Harapnya, perkara ini mencatatkan permulaan di mana kita mula berjaya mengawal penularan Covid-19 dengan lebih baik dalam 100 hari kedua Ismail Sabri

“Kita berharap suatu hari di mana kadar peningkatan kes baharu ini berada dalam julat dua angka dengan kadar kematian dalam julat satu angka,” katanya.

Namun, katanya, persoalan itu menjadi lebih mendesak apabila terdapat laporan mengenai varian baharu Covid-19, Omicron, yang sedang tular di seluruh dunia.

“Walaupun masih belum jelas sama ada varian Omicron ini lebih mudah berjangkit berbanding dengan varian-varian lain atau sama ada ia menyebabkan penyakit yang lebih parah,” katanya. – Malaysiapost

Daftar GRS: Terserah kepada Umno Sabah buat keputusan

MALAYSIA POST

Daftar GRS: Terserah kepada Umno Sabah buat keputusan

NAIB Presiden Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyerahkan kepada kepimpinan Umno Sabah membuat keputusan berhubung pendaftaran Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai gabungan rasmi.

Beliau berkata, perkara ini harus diputuskan sendiri oleh pemimpin Umno di Sabah kerana mereka lebih tahu apa yang terbaik.

“Itu keputusan orang Sabah bah…kita kasi orang Sabah fikir mana yang terbaik,” katanya memetik Utusan Online.

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar selepas pelancaran pasukan bergerak Operasi Vaksin Penilaian Pantas (Ravo) hari ini.

Kenyataan tersebut ketika Mahdzir diminta mengulas kekangan yang mungkin dihadapi Barisan Nasional (BN) Sabah sekiranya GRS didaftarkan sebagai gabungan parti politik yang rasmi.

Pada Khamis lalu, Pengerusi Kelab Backbenchers GRS, Datuk Seri Salleh Said Keruak mencadangkan GRS didaftarkan sebagai gabungan parti politik secara rasmi bagi mengelak berlaku pertembungan antara BN dan Perikatan Nasional (PN) seperti Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Salleh Said yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Usukan berkata, PRN Melaka memberi petunjuk jelas untuk pemimpin politik GRS untuk memperkasakan hala tuju GRS.

Pengerusi Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu cadangan itu diteliti dan dibincangkan untuk melihat keburukan dan kebaikan jika gabungan tersebut didaftarkan.

“Mungkin itu pandangan peribadi dia (Salleh) namun, bagi pihak Umno Sabah kita sedia berbincang untuk meneliti cadangan tersebut,” katanya. – Malaysiapost

Isnin, 29 November 2021

Warisan sedia hadapi PRU15 – Shafie Apdal

MALAYSIA POST

Warisan sedia hadapi PRU15 – Shafie Apdal

PILIHAN Raya Umum ke-15 (PRU15) akan menyelesaikan kemelut dan ketidakstabilan politik negara ini, kata Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Menurutnya, beberapa pilihan raya termasuk di luar negara telah diadakan ketika ini dan tidak wajar kenapa PRU15 tidak boleh dilaksanakan.

“Saya lihat kalau di Sarawak boleh diadakan (pilihan raya), Melaka boleh diadakan, kalau di Kanada boleh diadakan, kalau New Zealand pun diadakan.

“Untuk menyelesaikan ketidakstabilan negara kita, mengapa tidak di negara kita tidak boleh diadakan.

“Bukan saya cakap tidak (diadakan), bukan saya cakap setuju, tetapi saya yakin untuk menyelesaikan dari segi kestabilan yang ada, kini bukan stabil, apa pun boleh terjadi di Parlimen,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir majlis Persidangan Tahunan Agung Warisan Bahagian Putatan, di Tanjung Aru, Kota Kinabalu, malam tadi.

Mohd Shafie menggulas mengenai hasrat Umno mahu menyegerakan PRU15.

Ahli Parlimen Semporna itu berkata, pelaksanaan PRU adalah berkaitan dengan mandat rakyat dan ia harus dikembalikan.

“Ini kerana mandat rakyat tidak ada. Mandat yang ada dicuri,” katanya.

Ditanya berhubung kesediaan Warisan untuk menghadapi PRU15 termasuk di Semenanjung, Mohd Shafie berkata, jenteranya sudah bersedia sejak dari awal lagi. – Malaysiapost

Amanah terbuka kerjasama dengan Umno untuk tumbangkan kerajaan negeri PAS

MALAYSIA NOW

Pengerusi PH Terengganu Raja Kamarul Bahrin berkata PH dan Umno memiliki matlamat yang sama dan lebih mudah berbincang berbanding PAS.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah membayangkan persefahaman antara gabungan itu dengan Umno boleh dibentuk bagi menyekat PAS memenangi kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Kamarul berkata persefahaman tersebut boleh dibentuk dalam mencatur kerusi PRU15 nanti.

“Walaupun kita dengan Umno tidak di bawah payung sama tapi perbezaan kita tak begitu tajam. Kita tak serang Umno, Umno pun tak serang kita,” katanya seperti dilaporkan The Malaysian Insight.

“Saya rasa kita dengan Umno ada kelebihan, kita boleh berkomunikasi, dan mungkin ada peluang persefahaman untuk kita memberi tumpuan fokus dalam kerusi tertentu.”

Katanya, PH Terengganu sukar untuk “berbincang” dengan PAS, berbanding dengan Umno biarpun mereka berbeza pendapat.

Kamarul yang juga seorang ahli Dewan Negara merupakan pengerusi Amanah Terengganu, parti komponen PH yang merupakan serpihan daripada PAS.

Amanah ditubuhkan pada 2015 selepas mengambil alih Parti Pekerja Malaysia, selepas pemimpin-pemimpin utamanya kalah dalam pemilihan parti dan menggunakan alasan PAS bekerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Pada PRU14, PAS memenangi 22 dari 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu sekali gus mengambil alih pentadbiran negeri dari BN dengan majoriti dua pertiga.

Bagaimanapun, PH gagal mendapat sebarang kerusi malahan 19 calonnya hilang deposit.

Bagi kerusi Parlimen, PAS memenangi enam kerusi Parlimen, sementara PH gagal memenangi sebarang kerusi bahkan tiga calonnya kehilangan deposit.

Manakala Umno menang dua kerusi di Hulu Terengganu dan Besut.

Dalam pada itu, Kamarul menjelaskan persefahaman yang boleh dilakukan itu bukan sebuah persefahaman dalam bentuk kerjasama rasmi.

“Ada ruang duduk berbincang dan bertolak ansur. Keutamaan Umno sekarang ini asalkan bukan PAS dan kepentingan kita pun sama, kerana PAS ini merosakkan Terengganu.

“Kita ada persamaan nak menyelamatkan Terengganu ini daripada PAS, ada matlamat.

“Kalau kita bertembung (kerusi) pun tak akan ada pertembungan yang sengit,” katanya.

DISYORKAN UNTUK ANDA:

BERITA PELBAGAI TOPIK SEMASA DALAM ' DIALOG RAKYAT          

Royalti minyak tiada kena mengena dengan perairan wilayah, Zaid jawab Zafrul


PETALING JAYA: Bayaran royalti minyak bergantung kepada perjanjian antara negeri dengan kerajaan persekutuan dan tiada kaitan dengan perairan wilayah, kata bekas menteri Zaid Ibrahim.

Bekas Menteri Undang-undang itu menjawab kenyataan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz yang menyebut bahawa tidak akan ada bayaran royalti minyak kepada mana-mana negeri di Semenanjung, termasuk Kelantan.

Dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat, Tengku Zafrul berkata, kedudukan medan pengeluaran petroleum yang beroperasi adalah di luar perairan Kelantan.

Namun begitu katanya, kerajaan persekutuan membuat pembayaran dalam bentuk wang ehsan kepada negeri itu memandangkan lokasi medan itu berdekatan dengan perairan Kelantan.

Zaid sebaliknya berhujah, apabila kerajaan Kelantan memberi hak kepada Petronas untuk pembangunan petroleum, perjanjian itu melayakkan negeri itu mendapat bayaran 5% daripada hasil minyak.

“(Royalti) tiada kena mengena dengan berapa kilometer, berapa batu nautika, sama ada ia dalam perairan wilayah, walaupun Akta (Kemajuan Petroleum 1974) menyebut 12 batu nautika dari Kelantan, Terengganu dan sebagainya.

“Sabah dan Sarawak masih mendapat royalti dari telaga-telaga minyak di luar tiga batu nautika. Jadi, tidak ada kena mengena,” katanya di Facebook.

Zaid berkata, kerajaan Kelantan pimpinan PAS sebelum ini menyaman kerajaan persekutuan berhubung royalti minyak tetapi selepas 10 tahun, ia menggugurkan kes itu kerana berpuas hati dengan RM600 juta yang diberikan bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.

“Menteri-menteri Umno pun apa kurangnya. Annuar Musa (Ahli Parlimen Ketereh) kata beliau cemburu dengan kemajuan Sarawak.

“Tak perlu rasa cemburu. Beliau perlu rasa Kelantan telah diperbodohkan, dipermainkan dan beliau harus menuntut pembelaan hak (rakyat Kelantan) yang sebenar,” katanya.

Zaid berkata, bajet RM600 juta setahun kepada Kelantan tidak cukup untuk gaji kakitangan awamnya dan mempersoalkan bagaimana negeri itu dapat maju tanpa wang yang mencukupi.

“Sumber yang ada hanyalah pada minyak. Itu hak kita. Maka saya haraplah orang Kelantan, jangan diperbodohkan. Biarlah kita bersatu dan tuntut hak. Inilah satu-satunya sumber untuk kita mengatasi kemiskinan yang ada di Kelantan,” katanya.

Baru-baru ini, kerajaan Kelantan menzahirkan rasa kecewa apabila Putrajaya mengesahkan bahawa Petronas tidak akan membayar sebarang royalti minyak kepada negeri itu.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah berkata, beliau terkejut dengan kenyataan itu kerana kerajaan negeri mengharapkan royalti minyak daripada kerajaan persekutuan.

Warisan lancar sayap di Semenanjung 17 Dis, kata Shafie

Shafie Apdal berkata, Warisan tidak mahu terlalu bercita-cita tinggi dengan 
membuka cawangan di semua kawasan di Semenanjung. (Gambar Bernama)

KOTA KINABALU: Presiden Warisan Shafie Apdal berkata, parti itu bakal melancarkan sayapnya di Semenanjung pada 17 Dis dengan tumpuan diberikan kepada beberapa kawasan tertentu.

Katanya, langkah itu adalah bagi memastikan Warisan mempunyai masa yang cukup untuk membuat persediaan di kawasan yang boleh memberi impak pada pilihan raya akan datang.

Beliau berkata, walaupun perkara yang penting ketika ini adalah melebarkan sayap parti itu ke Semenanjung, namun mereka tidak mahu terlalu bercita-cita tinggi dengan membuka cawangan di semua kawasan.

“Kita perlu bersifat selektif maka, ada kawasan yang kita tidak akan buka cawangan kerana kita tidak mempunyai masa yang mencukupi.

“Bagaimanapun, kita sudah melakukan proses yang sepatutnya, jadi tiada masalah untuk merealisasikan (pembukaan cawangan),” katanya selepas merasmikan Persidangan Tahunan Warisan Bahagian Putatan, semalam.

Ahli Parlimen Semporna itu berkata, parti itu tidak mahu melebihi had yang ada kerana pilihan raya akan diadakan pada bila-bila masa pada tahun depan atau mungkin tahun berikutnya.

Katanya, senarai pemangku jawatan yang akan dipilih di beberapa negeri sudah tersedia dan parti itu sedang melakukan perincian bagi memilih penaja yang sesuai untuk menjadi ketua di kawasan tertentu.

Beliau berkata, terdapat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Semenanjung yang juga menyatakan kesediaan menyertai Warisan.

“Saya sudah bertemu beberapa individu ketika berada di Kuala Lumpur,” katanya.

Mengulas lanjut Shafie berkata, selepas melebarkan sayap parti, Warisan akan bekerjasama erat dengan rakan seperjuangannya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

“Saya sudah pun berbincang dengan Syed Saddiq dan jawatankuasa MUDA dan saya fikir semuanya sudah jelas.

“Kita juga sedia maklum bahawa parti Muda masih belum diluluskan, sebab itu saya berjumpa pemimpin mereka untuk melihat bagaimana gabungan kerjasama ini dapat direalisasikan,” katanya.

PRN Sarawak: "Belum PRN dah bergaduh.." - Abang Johari

Hasimi Muhamad
PRN Sarawak: "Belum PRN dah bergaduh.." - Abang Johari
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 Gabungan Parti Sarawak (GPS) hari ini. - Foto BERNAMA
 
KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) menegaskan tidak mahu mencampuri urusan pembangkang yang dilihat bertelagah dalam isu pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.
 
Pengerusinya, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, situasi itu mencerminkan ketidakstabilan dalam kalangan pembangkang.
 
"Ya itulah... rakyat boleh melihat sebelum tarikh (PRN) sudah ada pergaduhan, kalau ini berlaku bermakna kerajaan tidak akan stabil.
 
“Saya tak tahu apa yang berlaku tetapi saya dari mula dah mempunyai satu pandangan bahawa pihak pembangkang akan menghadapi masalah termasuk parti (pembangkang) dari Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jentera GPS pada PRN Sarawak ke-12, di sini malam ini.
 
Sebelum ini, PKR Sarawak mendakwa DAP negeri itu enggan berunding secara terbuka dengan pimpinan Pakatan Harapan (PH) berhubung rundingan kerusi bagi PRN Sarawak.
 
Majlis Pimpinan PKR negeri berkata, selama berbulan-bulan mereka cuba bertemu dengan pimpinan tertinggi DAP Sarawak, tetapi berhadapan dengan penolakan kosong.
 
Dalam pada itu, Abang Johari sekali lagi menegaskan bahawa jentera GPS telah lama bersiap sedia menghadapi pilihan raya.
 
“Sebab itu malam ini hanya kita ingatkan, kita perlu mulakan dari sekarang kerana pilihan raya pada 18 Disember.
 
“Kita (akan terus) gerakkan jentera yang pernah ditubuhkan beberapa bulan yang lepas,” ujarnya lagi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN Sarawak ke-12 diadakan pada 18 Disember depan.
 
Tarikh penamaan calon pula pada 6 Disember, manakala pengundian awal diadakan pada 14 Disember.

PRN Sarawak: Aditajaya umum parti baharu, tanding calon bebas di N.41 Kuala Rajang

Rudi Affendi Khalik
PRN Sarawak: Aditajaya umum parti baharu, tanding calon bebas di N.41 Kuala Rajang
Dalam satu majlis pelancaran jentera kempen di sebuah hotel pada Ahad, Adita turut mengumumkan dua calon lain yang turut bertanding bersama-sama beliau. - Astro AWANI
 
SIBU: Bekas potensi calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) di N.41 Kuala Rajang yang keluar parti baru-baru ini, Datuk Seri Abang Aditajaya Abang Alwi akan tetap bertanding di kerusi tersebut sebagai calon Bebas.
 
Dalam satu majlis pelancaran jentera kempen di sebuah hotel di sini pada Ahad, Adita turut mengumumkan dua calon lain yang turut bertanding bersama-sama beliau.
 
Dua bakal calon tersebut ialah Khairul Datuk Adenan di DUN N.5 Demak Laut dan Mohd Adenan Zulkifli di DUN N.43 Semop.
 
Dalam ucapannya, Adita yang berasal dari Kampung Belawai melahirkan kekecewaannya terhadap PSB dan melihat perjuangan parti itu telah terserong daripada perjuangan asal.
 
Justeru itu katanya, bagi meneruskan perjuangan, beliau akan bertanding sebagai calon Bebas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini.
 
Pada PRN Sarawak 2016, daripada 7,037 pemilih yang melaksanakan tanggungjawab di DUN N.41 Kuala Rajang, calon BN Datu Len Talif Salleh meraih 6,235 undi, untuk menewaskan calon Amanah, 
 Sopian Junaidi yang memperoleh 649 undi dan calon Bebas, Asbor Abdullah yang mengutip 153 undi.
 
Dalam majlis yang sama, Adita turut mengumumkan penubuhan parti baharu yang dikenali sebagai Barisan Rakyat.
 
Mengambil aspirasi Barisan Nasional termasuk pada warna parti dan tema sampingan 'Satu Sarawak', parti baharu ini menggunakan logo payung.
 
"Kita akan mendaftarkan parti ini selepas ini. Dan selepas diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan, kita akan berkempen di seluruh 31 kawasan Parlimen di seluruh Sarawak," tambahnya lagi.
 
Aditajaya sebelum ini pernah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebelum beralih kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
 
Bekas Pengerusi Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PPKM) Sarawak ini kemudian keluar parti untuk menyertai PSB selama setahun, sebelum mengumumkan pengunduran pada tiga minggu lalu.
 
Keputusan keluar parti dedahnya, dilakukan setelah beliau dipaksa menandatangi empat dokumen, yang salah satu daripadanya berkaitan dengan perjanjian dengan 'ah long' atau peminjam wang berlesen.

'Selesaikan segera isu MA63 sebelum PRU' - Yong Teck Lee

Radhi Muslim
 
'Selesaikan segera isu MA63 sebelum PRU' - Yong Teck Lee
Yong Teck Lee berkata, dia juga yakin isu MA63 tidak akan dilaksanakan sebelum PRU15 ini. - Astro AWANI
 
SANDAKAN: Presiden, Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Seri Yong Teck Lee mahu isu Perjanjian Malaysia 1963 diselesaikan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan.
 
Menurutnya, beliau sudah lama memperjuangkan perkara itu sejak lebih 10 tahun lalu sehingga ianya menjadi isu arus perdana.
 
Namun, ia belum diselesaikan sehingga ke hari ini.
 
“Saya setuju dan saya mahu, sayapun sudah buat usul di Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi kamu tanya saya jika saya setuju MA63 dilaksanakan, saya kata ya.
 
“Saya percaya dilaksanakan atau tidak sebelum PRU? Tidak,” katanya.
 
Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Majlis Penerimaan Ahli Baru Parti Maju Sabah (SAPP) di Sandakan, pada Ahad.
 
Dalam pada itu, Yong Teck Lee berkata, dia juga yakin isu MA63 tidak akan dilaksanakan sebelum PRU15 ini.
 
Menurutnya, Kerajaan Persekutuan dilihat melewat-lewatkan pelaksanaan MA63 seperti bermain kuntau.
 
Ini kerana, beliau berpendapat isu itu akan menjadi isu utama yang akan dimainkan dalam PRU akan datang.
 
“Ini Kerajaan Persekutuan macam main kuntau, main Tai Chi ya. Dia kasi perlahan-perlahan. Jadi saya tidak yakin Kerajaan Persekutuan dapat menyelesaikan MA63 sebelum PRU akan datang.
 
“Saya tidak yakin, saya tidak berharap, maka MA63 akan menjadi isu utama Pilihan Raya Parlimen akan datang di Sabah dan Sarawak,” katanya.
 
Bagaimanapun, beliau sangat setuju agar isu itu yang menyentuh soal pembahagian pendapatan hasil cukai, hasil minyak, sempadan perairan dan hak keistimewaan Sabah dan Sarawak dapat dimuktamadkan dengan kadar segera.
 
Katanya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili juga akan memberikan taklimat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah berhubung isu MA63 pada Sabtu depan.

PRN Sarawak: Parti ASPIRASI pertaruhkan 17 calon

Nuzuluddin Abdul Razak
PRN Sarawak: Parti ASPIRASI pertaruhkan 17 calon
Seramai 17 calon dipertaruhkan Parti ASPIRASI pada PRN12 Sarawak kali ini. - Foto Astro AWANI
 
KUCHING: Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI) mempertaruhkan 17 calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak.
 
Perkara itu diumumkan presidennya, Lina Soo yang turut memberitahu, beliau akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padungan.
 
"Kita menyasarkan kerusi di bandar dan juga beberapa kerusi majoriti masyarakat Bidayuh seperti Serembu, Kedup, Bukit Semuja," katanya.
 
Antara calon yang dipertahukan ASPIRASI pada PRN12 kali ini ialah Chan Chee Hiong (Pending), Leong Shaow Tung (Batu Lintang), Tan Kok Chiang (Kota Sentosa), Fong Pau Teck (Batu Kawah), Buln Patrick Ribas (Serembu), Chong Siew Hung (Mambong) dan Simon Jangan (Kedup).
 
Manakala James Nyuking (Bukit Semuja), Wong Chin King (Repok), Ngelayang Unau (Machan), Lau Kiu Ming (Bukit Assek), Josephine Lau Kiew Peng (Dudong), Loh Wui Ping (Pelawan), Chieng Lea Phing (Tanjong Batu), Hani Jaraee (Piasau) dan Chin Fen Siong (Pujut).
 
Ia merupakan gandingan tiga muka lama dan 15 muka baharu yang antaranya melibatkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut yang menang pada PRN10 dan menjadi wakil rakyat pada 2011 hingga 2016 lalu.
 
ASPIRASI sebelum ini adalah Parti Reformasi Negeri (STAR) yang ditubuhkan pada 9 Oktober 1996 oleh mendiang Dr Patau Rubis.
 
Pada PRN11, ASPIRASI bertanding atas tiket STAR tewas di 10 kerusi yang ditandingi sekali gus hilang deposit.

GPS yakin sapu bersih kerusi pada PRN Sarawak

 Nur Shazreena Ali

Pengerusi Gabungan Parti Sarawak Abang Johari Openg berkata gabungan itu boleh memenangi semua 82 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri.

Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Abang Johari Openg yakin gabungan itu akan dapat memenangi kesemua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak bulan depan.

“Sekarang adalah masa untuk kita fokus,” katanya pada majlis pelancaran di Kuching.

“18 Disember akan menjadi ‘tendangan penalti’ bagi GPS untuk jaringkan golnya. Dalam satu semangat, kita, GPS, boleh sapu bersih semua 82 kerusi.”

PRN Sarawak yang sudah lama dinantikan, diumumkan pada 24 November lalu, dengan 12 hari diperuntukkan untuk berkempen selepas hari penamaan calon pada 6 Disember.

82 kerusi di DUN Sarawak, menjadikannya sebagai terbesar di negara ini.

1.2 juta warga Sarawak layak mengundi menjelang hari pilihan raya.

Abang Johari juga turut mengulangi keyakinannya bahawa GPS akan memenangi PRN dengan margin selesa, selain turut berterima kasih kepada presiden Bersatu Muhyiddin Yassin kerana tidak menyertai PRN kali ini.

Beliau berkata keputusan Muhyiddin itu selaras dengan kehendak rakyat negeri itu, yang mahu ditadbir parti berpangkalan di Sarawak.

“Saya mesti berterima kasih kepada rakan kita dari Kuala Lumpur, Bersatu, kerana tidak meletakkan calon di Sarawak,” katanya.

“Kami mesra tetapi tegas. Ini menunjukkan hubungan baik dengan parti seperti Bersatu.”

PRN Sarawak: 9,356 pegawai, anggota polis ditugaskan

 Timbalan Ketua Polis Negara,  Datuk Seri Mazlan Lazim pada sidang media selepas merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, di sini, hari ini. - Foto NSTP/Hazreen Mohamad
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim pada sidang media selepas merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, di sini, hari ini. - Foto NSTP/Hazreen Mohamad

GOMBAK: Polis akan menggerakkan 9,356 anggota dan pegawainya bagi mengawal keselamatan dan memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak bermula 6 Disember ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata semua anggota dan pegawai membabitkan kontinjen Sarawak.

Beliau berkata, keanggotaan dari negeri berkenaan dilihat mencukupi, namun Bukit Aman bersedia menambah petugas jika diperlukan.

"Polis sudah bersiap sedia dan kami tidak mempunyai sebarang masalah menghadapi penugasan PRN Sarawak tidak lama lagi.

"Oleh itu, saya menasihatkan orang ramai tidak cuba mencetuskan kekecohan dan mematuhi SOP untuk memastikan PRN ini berjalan lancar," katanya pada sidang media selepas merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, di sini, hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN-12 Sarawak diadakan pada 18 Disember dengan tarikh penamaan calon pula pada 6 Disember, manakala pengundian awal diadakan pada 14 Disember.

Mengulas perkembangan lain, Mazlan berkata, sebanyak 2,596 Pasukan Petugas Khas Operasi Pematuhan digerakkan di seluruh negara bagi memantau SOP PPN.

Katanya, polis akan memberi penekanan terhadap pematuhan SOP PPN susulan kelonggaran beberapa sektor dan pergerakan orang ramai.

"Orang ramai mula keluar rumah ketika fasa PPN. Bila sudah keluar sudah tentu mereka kadang-kala langgar SOP. Dalam hal ini, kita sediakan 2,956 pasukan untuk pemantauan pematuhan di seluruh negara.

"Untuk Selangor sahaja, kita tubuhkan 339 pasukan, manakala kalau di Gombak kita ada 14 pasukan untuk laksanakan tanggungjawab mereka.

"Kita fokus kepada yang mereka melanggar SOP. Jika mereka degil, kita akan ambil tindakan kompaun mengikut Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988)," katanya.

Macam mana KDN boleh luluskan parti guna nama Bangsa Malaysia? – Asyraf Wajdi

MALAYSIA POST

Macam mana KDN boleh luluskan parti guna nama Bangsa Malaysia? – Asyraf Wajdi

TINDAKAN beberapa ahli politik termasuk berjawatan menteri yang dikatakan menubuh sebuah parti baharu dikenali Parti Bangsa Malaysia, ketika rakyat sedang terkesan dengan kenaikan harga barangan dilihat tidak bersesuaian.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki turut mempersoalkan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang meluluskan penggunaan ‘Bangsa Malaysia’ sebagai sebuah parti.

Beliau merujuk kepada laporan berita yang mendakwa Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin bakal mengetuai sebuah parti baharu yang dikenali Parti Bangsa Malaysia.

“Di kala rakyat sedang susah dan resah dengan kenaikan harga barang yang mendadak, apalah agaknya dalam kotak pemikiran Menteri yang sudah beberapa kali melompat ini?

“Macam mana KDN boleh meluluskan nama parti menggunakan ‘Bangsa Malaysia’?” soalnya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu MalaysiaGazette melaporkan menurut sumber parti berkenaan sudah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada 29 Oktober lalu.

Bagaimanapun parti berkenaan tidak melibatkan Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali seperti khabar angin yang tular sebelum ini.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu dikatakan masih kekal dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Selain, Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang antara individu lain yang dilaporkan bakal menjadi pimpinan Parti Bangsa Malaysia ialah Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien yang dikatakan bakal menjadi orang nombor dua dalam parti.

Selain itu, bekas pimpinan PKR, Ahli Parlimen Kuala Langat, Dr Xavier Jayakumar juga bakal menyertai parti berkenaan.

Difahamkan, parti mesra Perikatan Nasional (PN) itu akan dilancarkan pada Disember ini dengan menggunakan logo yang diambil dari sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Penggerak Komuniti Negara dengan sedikit perubahan. – Malaysiapost

Bersatu akan usaha kembalikan Muhyiddin sebagai PM – Afif Bahardin

MGF28112021__PERSIDANGAN-BERSATU-SHAH-ALAM11
Timbalan Pengerusi Biro Penerangan II Bersatu, Dr. Afif Bahardin beramah mesra dengan perwakilan dari parti Gerakan selepas Persidangan Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Shah Alam di Pusat Konvensyen Shah Alam, Selangor. Foto AFFAN FAUZI

SHAH ALAM – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan berusaha untuk menjadikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, sekali lagi.

Timbalan Ketua Penerangan II Bersatu Malaysia, Dr. Afif Bahardin berkata, Perikatan Nasional (PN) memerlukan kepimpinan Muhyiddin untuk menerajui pentadbiran negara.

“Pemimpin parti lama saya dulu, Timbalan Perdana Menteri (Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim), pemimpin Bersatu pula mantan Timbalan Perdana Menteri (Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan sekarang bekas Perdana Menteri.

“Kita akan usaha untuk jadikan beliau sebagai Perdana Menteri kita semula. Muhyiddin ini orang ada prinsip dan dia melawan kebobrokan. Hari ini kita dapat lihat kepimpinan beliau tidak sekali lari demi hanya kerana nak pertahankan jawatan,” katanya.

Beliau menyatakan demikian pada Persidangan Tahunan Bahagian Bersatu Shah Alam, di sini, hari ini.

Sementara itu, Afif yakin Bersatu dapat menggulingkan PKR di Shah Alam khususnya dan Pakatan Harapan umumnya pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Katanya, demi mencapai matlamat berkenaan, Bersatu perlu menjadikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebagai pengalaman untuk menyusun strategi bagi berhadapan PRU ke-15.

“Bersatu Shah Alam bersedia berhadapan dengan PRU dan sedia untuk gulingkan Pakatan Harapan di Shah Alam.

“Kita kena terima PRN Melaka menang dua kerusi tetapi kita dapat lihat jumlah undi itu kita sebenarnya mempunyai sokongan baik dan besar di Melaka dan saya yakin sokongan itu ada di Selangor ini lebih-lebih lagi di Parlimen Shah Alam.

“Parti lama saya, PKR baru-baru ini di Melaka kosong. Saya yakin saya tahu sebab saya lama di dalam parti itu. Kalau kena strateginya, susun jentera dari sekarang tidak mustahil PKR juga dapat kita kuburkan di Shah Alam,” tambah Afif. – MalaysiaGazette