HALAMAN SANTAI

Ahad, 28 November 2021

Husam desak kerajaan Kelantan tunjuk belanja wang RM400 juta royalti minyak

MALAYSIA POST

Husam desak kerajaan Kelantan tunjuk belanja wang RM400 juta royalti minyak

KERAJAAN Kelantan pimpinan PAS didesak mendedahkan bagaimana wang sebanyak RM400 juta yang diterima daripada kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini, dibelanjakan.

Ahli Dewan Negara, Datuk Husam Musa, berkata perkara itu penting diketahui rakyat Kelantan kerana kerajaan negeri yang diterajui Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob tidak pernah mendedahkan apa yang mereka lakukan terhadap wang tersebut.

“Sebaliknya, Kerajaan Negeri telah bersikap seperti tikus jatuh ke beras!

“Kerajaan Kelantan mesti telus dan berterus terang dengan Rakyat Kelantan tentang penggunaan wang ihsan petroleum yang telah diterima,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Husam yang merupakan bekas pejuang utama menuntut royalti petroleum untuk Kelantan berkata, desakan ini perlu dilakukan oleh gerakan R yang selama ini berjuang untuk menuntut royalti minyak untuk Kelantan.

“Sehingga kini, rakyat jelata tidak mendapat apa apa maklumat bagaimana wang beratus ratus juta itu telah dibelanjakan.

“Lebih menyedihkan, bila adanya perbelanjaan membeli kereta mewah untuk anggota kerajaan ketika rakyat ternanti nanti untuk melihat limpahan manafaat yang boleh dinikmati oleh rakyat biasa dari hasil khazanah bumi itu.

“Ngo R wajar mendesak Kerajaan Negeri mendedahkan kepada rakyat semua perbelanjaan dari wang ihsan itu,” katanya.

Justeru, Husam yang juga Naib Presiden Amanah mencabar Kerajaan Kelantan agar berani melantik juru audit luar untuk memeriksa akaun wang berkenaan dan kemudian membentangkannya kepada rakyat negeri itu sekiranya berpegang kepada prinsip ketelusan dan jujur dengan rakyat. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook/Husam Musa

Tiada ulasan: