Hilmi Malik
Kedua-dua
parti politik dilihat mempunyai agenda politik yang serupa serta
prinsip terhadap kebajikan rakyat menurut Mantan Ketua Angkatan Muda
Keadilan Selangor, Mohd Najwan Halimi.
KUALA LUMPUR :
Cadangan untuk menggabungkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti
Amanah Negara (Amanah) sewajarnya mendapat pertimbangan kedua-dua
pimpinan parti politik berkenaan.
Mantan
Ketua Angkatan Muda Keadilan Selangor, Mohd Najwan Halimi berkata, ini
kerana kedua-dua parti berkenaan dilihat mempunyai agenda yang sama
termasuk penekanan terhadap kebajikan rakyat.
“Kedua-dua
parti memiliki citra politik yang sama yakni mengangkat agenda
Reformasi, mendukung prinsip keadilan sosial serta membela hak dan
kebajikan rakyat terbanyak.
“Penggabungan
Amanah ke dalam Keadilan pastinya akan membantu melonjak dukungan serta
membina keyakinan rakyat khususnya pengundi Melayu terutamanya di luar
bandar khususnya dalam usaha memenangi sokongan mereka dalam pilihan
raya umum akan datang,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Mengulas
lanjut, Mohd Najwan berpendapat, langkah itu juga mampu untuk
menyelesaikan isu pembahagian kerusi selain meningkatkan keupayaan
jentera kedua-dua parti menjelang pilihan raya akan datang.
Selain
itu pada pandangannya, cadangan gabungan itu juga secara tidak langsung
mampu memperkukuh kepimpinan di dalam PKR yang sebelum ini dilihat
retak ekoran berlakunya ‘Langkah Sheraton’ pada tahun lalu.
Baru-baru
ini, penganalisis politik, Wong Chin Huat telah mencadangkan agar PKR
dan Amanah bergabung untuk dijadikan sebagai sebuah parti politik yang
membentuk kerjasama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan