Radhi Muslim
Yong Teck Lee berkata, dia juga yakin isu MA63 tidak akan dilaksanakan sebelum PRU15 ini. - Astro AWANI
SANDAKAN:
Presiden, Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Seri Yong Teck Lee mahu isu
Perjanjian Malaysia 1963 diselesaikan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15
(PRU15) diadakan.
Menurutnya, beliau sudah lama memperjuangkan perkara itu sejak lebih 10 tahun lalu sehingga ianya menjadi isu arus perdana.
Namun, ia belum diselesaikan sehingga ke hari ini.
“Saya
setuju dan saya mahu, sayapun sudah buat usul di Dewan Undangan Negeri
(DUN) tetapi kamu tanya saya jika saya setuju MA63 dilaksanakan, saya
kata ya.
“Saya percaya dilaksanakan atau tidak sebelum PRU? Tidak,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Majlis Penerimaan Ahli Baru Parti Maju Sabah (SAPP) di Sandakan, pada Ahad.
Dalam pada itu, Yong Teck Lee berkata, dia juga yakin isu MA63 tidak akan dilaksanakan sebelum PRU15 ini.
Menurutnya, Kerajaan Persekutuan dilihat melewat-lewatkan pelaksanaan MA63 seperti bermain kuntau.
Ini kerana, beliau berpendapat isu itu akan menjadi isu utama yang akan dimainkan dalam PRU akan datang.
“Ini
Kerajaan Persekutuan macam main kuntau, main Tai Chi ya. Dia kasi
perlahan-perlahan. Jadi saya tidak yakin Kerajaan Persekutuan dapat
menyelesaikan MA63 sebelum PRU akan datang.
“Saya
tidak yakin, saya tidak berharap, maka MA63 akan menjadi isu utama
Pilihan Raya Parlimen akan datang di Sabah dan Sarawak,” katanya.
Bagaimanapun,
beliau sangat setuju agar isu itu yang menyentuh soal pembahagian
pendapatan hasil cukai, hasil minyak, sempadan perairan dan hak
keistimewaan Sabah dan Sarawak dapat dimuktamadkan dengan kadar segera.
Katanya,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk
Seri Dr Maximus Ongkili juga akan memberikan taklimat kepada Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Sabah berhubung isu MA63 pada Sabtu depan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan