MG011019_PC-PKR-PARLIMEN-TANJUNG-PIAI09-1
Gambar Hiasan

SIBU – Dua bekas pemimpin dan seorang anggota Parti Sarawak Bersatu (PSB) hari ini memaklumkan, mereka akan bertanding atas tiket bebas pada pilihan raya negeri Sarawak ke-12 (PRN-12) pada 18 Disember depan.

Mereka terdiri daripada Datuk Sri Abang Aditajaya Abang Alwi yang merupakan bekas anggota Majlis Presiden PSB dan merangkap Pengerusi PSB Tanjung Manis dan Kuala Rajang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.41 Kuala Rajang.