HALAMAN SANTAI

Sabtu, 27 November 2021

Pengganti Mohd Rafiq diumum waktu terdekat – Hamzah

MALAYSIA POST

Pengganti Mohd Rafiq diumum waktu terdekat – Hamzah

KETUA Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Melaka yang baharu akan diumumkan dalam masa terdekat, kata Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata, keputusan pemilihan Ketua BPN Bersatu Melaka yang baharu akan dibuat selepas dipersetujui Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kita baru saja terima (surat peletakan jawatan Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen) hari ini dan kita ucapkan terima kasih kepada beliau.

“Insya-Allah kita akan umumkan dalam masa terdekat selepas dipersetujui Presiden,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Hamzah berkata demikian pada sidang media selepas Persidangan Tahunan Bersatu Bahagian Larut di Taiping, hari ini.

Hari ini, Mohd Rafiq mengumumkan meletakkan jawatan Ketua BPN BERSATU Melaka dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka berkuat kuasa serta-merta.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Rumput itu berkata, peletakan jawatan itu bagi memberi peluang kepada pemimpin baharu untuk mengetuai Bsersatu dan PN Melaka supaya mempunyai masa yang cukup bagi membuat persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). – Malaysiapost

Tiada ulasan: