MGF18112021_ISHAM-JALIL-LIVE-4
Isham Jalil

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) akan dihukum oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang sekiranya menyerahkan ‘kerusi lompat’ kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Penasihat Komunikasi BN, Isham Jalil berkata, hukuman kepada pelompat parti yang ditunjukkan rakyat Melaka pada pilihan raya negeri Sabtu lalu harus dijadikan peringatan.