HALAMAN SANTAI

Sabtu, 27 November 2021

LAYANAN BERBEZA TERHADAP DATUK SERI ANWAR DAN DATUK SERI NAJIB: TUN DR MAHATHIR NAIF UNDANG-UNDANG

 Kamarul Yusoff

Dalam tulisan beliau bertajuk “The Rule of Law” semalam, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mempersoalkan mengapa Datuk Seri Najib Razak tidak menjalani hukuman penjara dan denda walaupun setelah beliau dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020.

Dakwa Tun Dr Mahathir:

(1) “Bila seseorang didapati bersalah, beliau bersalah sehingga Mahkamah Rayuan memutuskan beliau tidak bersalah. Tetapi Mahkamah Rayuan belum memutuskan bahawa Najib tidak bersalah. Oleh itu, beliau bersalah dan perlu menjalani hukuman. Tetapi beliau dilayan seperti orang tidak bersalah, tidak membayar denda atau dipenjara.” (“When a person is found guilty, he is guilty until the appeal court decide that he is innocent. But the appeal court has not decided that he is innocent. Therefore, he is guilty and he should serve his sentence. But he is treated like an innocent person, not paying his fine or jailed.”)

(2) “Setakat diketahui tidak ada orang lain yang dilayan begini.” (“As far as is known no other person has been treated this way.”)

(3) “Atas asas apa keistimewaan ini diberikan kepada Najib bila ia tidak diberikan kepada Anwar atau mana-mana pesalah lain? Jelasnya peraturan undang-undang tidak dikenakan sama rata antara mereka.” (“On what basis are these privileges given to Najib when it was not given to Anwar or any other convicted person? Clearly the rule of law has not been applied equally between them.”)

Masalah utama dengan Tun Dr Mahathir ialah beliau suka bercakap mengenai semua perkara, termasuk perkara yang beliau tidak mahir seperti perkara undang-undang dan agama.

Dalam soal Datuk Seri Najib tidak menjalani hukuman penjara dan denda walaupun setelah beliau dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ini, ia bukanlah semata-mata kerana beliau telah membuat rayuan.

Seksyen 311 Kanun Prosedur Jenayah ada seksyen 311 bertajuk “Penggantungan Pelaksanaan Sementara Menantikan Rayuan” (“Stay of execution pending appeal”) yang berbunyi:

“… Mahkamah bawahan atau Hakim boleh menangguhkan pelaksanaan mana-mana penghakiman, perintah, sabitan atau hukuman sementara menantikan rayuan dengan syarat-syarat mengenai jaminan membayar wang atau melaksanakan atau tidak apa-apa perbuatan atau pengenaan apa-apa hukuman yang dijatuhkan oleh atau dalam penghakiman, perintah, sabitan atau hukuman sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah bawahan atau Hakim itu.”

(“… The Court below or a Judge may stay execution on any judgment, order, conviction or sentence pending appeal, on such terms as to security for the payment of any money or the performance or non-performance of any act or the suffering of any punishment ordered by or in the judgment, order, conviction or sentence as to the Court below or to the Judge may seem reasonable.”)

Berdasarkan kepada asas-asas yang diberikan di dalam permohonan peguam Datuk Seri Najib inilah maka Hakim Datuk Mohd Nazlan memberikan Penggantungan Pelaksanaan (Stay of Execution) kepada beliau pada 28 Julai 2020.

Sama juga kisahnya bila Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara lima tahun atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau, Mohd Saiful Bukhari Azlan, oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014, peguam Datuk Seri Anwar juga memohon supaya beliau diberikan Penggantungan Pelaksanaan (Stay of Execution).

Oleh kerana permohonan supaya Datuk Seri Anwar diberikan Penggantungan Pelaksanaan (Stay of Execution) diterima oleh Hakimlah maka Datuk Seri Anwar terus bebas walaupun setelah dijatuhkan hukuman dan hanya menjalani hukuman setelah hukuman itu dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015.

Oleh itu, apa yang berbeza di dalam layanan terhadap Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Najibnya?

Malah, bukan setakat mereka berdua, ramai lagi telah diberikan Penggantungan Pelaksanaan (Stay of Execution) ini.

Mohon Tun Dr Mahathir hadam betul-betul Kanun Prosedur Jenayah dulu sebelum buat komen dalam hal ini. MALAYSIA TODAY

Tiada ulasan: