HALAMAN SANTAI

Ahad, 28 November 2021

Anwar pening pilih kawasan nak bertanding, yakin jadi PM


Yakin akan menjadi Perdana Menteri baharu sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui pening dalam memilih kawasan Parlimen yang ingin ditandinginya nanti.

Ketua Pembangkang itu masih percaya dirinya sangat hebat dan disayangi rakyat walaupun tewas teruk dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini, malah terlalu perasan dirinya adalah faktor kemenangan Pakatan Harapan (PH) semasa PRU-14 lalu walaupun ketika itu tidak langsung berkempen kerana sedang berada disebalik tirai besi.

Untuk rekod, Presiden PKR itu sebelum ini berkata PH akan bangkit semula daripada kekalahan PRN Melaka selepas didesak berundur daripada mengetuai blok pembangkang itu dan menunjukkan kedegilannya untuk terus berkuasa kerana sudah dinaiktaraf setara dengan menteri.

Terbaharu, spekulasi mengatakan Anwar mungkin akan bertanding di Johor pada PRU-15 nanti.

Anwar yang juga Ahli Parlimen (MP) Port Dickson bagaimanapun berkata, perkara itu masih terlalu awal untuk diputuskan.

“Perkara ini masih terlalu awal, mungkin dakwaan ini timbul kerana saya datang ke Kluang dan Simpang Renggam. Saya tidak kata ‘tidak’ tapi saya tidak tahu,” katanya.

Sebelum itu, terdapat laporan menyatakan Anwar bakal bertanding di kerusi Tebrau, Segamat dan Batu Pahat yang menjadi milik parti itu pada PRU-14 lalu namun kini penyandangnya tidak lagi bersama parti itu.

Terdahulu, PKR Perak menawarkan kepada Anwar untuk bertanding di kerusi negeri tersebut pada PRU-15 dengan harapan dapat menjadi Perdana Menteri (PM) Ke-10.

Tawaran untuk bertanding di Perak itu dibuat oleh Pengerusi PKR negeri, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang berharap idolanya itu dapat menerima tawaran tersebut bagi mencapai cita-citanya.

“Presiden sangat responsif dan positif dengan pelawaan itu. Insya-Allah kita tengok nanti,” katanya.

Jelasnya, kedudukan PKR di Negeri Sembilan sudah kukuh dan kehadiran Anwar di Perak dilihat mampu mengukuhkan lagi penguasaan parti itu sekaligus memenangi pilihan raya nanti.

Anwar baru-baru ini gagal dalam cubaannya sekali lagi untuk menjadi PM selepas ditipu anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang pada mulanya menyokongnya sebagai calon.

Sebaliknya, Presiden UMNO itu menukar sokongan apabila memberi sokongan kepada Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menjadi PM Kesembilan.

Tiada ulasan: