KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Kelantan berdiri teguh
bersama Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob dalam usaha
mempertahankan hak rakyat dan negeri dalam isu bayaran tunai petroleum.
Ketuanya
Mohamad Kamal Mohamed berkata, lagi pun perkara itu selaras peruntukan
perjanjian 1975 antara kerajaan negeri dan Petronas serta keputusan
kerajaan Persekutuan.
“Relevansi bayaran tunai kepada negeri perlu dilunaskan bukan di atas nama wang ehsan.
“Atas apa jua justifikasi, Pemuda PAS negeri akan terus mendesak, berhujah serta menadah tangan berdoa dalam mempertahankan hak dan tidak sanggup lagi melihat negeri ini terus dikesampingkan,” katanya di sini.
Baru-baru ini, Menteri Kewangan Tengku Dato’ Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika jawapan di parlimen menjelaskan Kelantan akan dibayar wang ehsan dan bukan wang tunai.
Bagaimanapun kerajaan negeri melahirkan terkejut kerana ia bercanggah dengan komitmen kerajaan Pusat sebelum ini.
Malah menteri besar juga memberitahu akan menulis surat kepada menteri kewangan bagi mendapat gambaran sebenar. Rakyat Kelantan memperjuangkan tuntutan royalti petroleum sejak berpuluh tahun lalu. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan