HALAMAN SANTAI

Isnin, 29 November 2021

Dua ADUN Bersatu perlu beri khidmat terbaik kepada rakyat Melaka: Faizal


“Jangan gaduh dengan siapa-siapa dan terus tunaikan tangggung jawab serta amanah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang telah dipilih.”

Demikian mesej yang disampaikan pucuk pimpinan Bersatu kepada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu, Dr. Mohd Aleef Yusof (Sungai Udang) dan Dr. Mohd. Yadzil Yaakub (Bemban), berhubung kedudukan mereka dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Timbalan presiden parti Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata agenda memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat perlu menjadi fokus, selain menyokong polisi-polisi yang baik walaupun berada di luar kepimpinan kerajaan negeri.

“Tidak perlu bergaduh dengan sesiapa. Hari ini kerajaan Melaka telah ditubuhkan dan kita boleh beri kerjasama demi kepentingan rakyat, yang mana mereka ada tanggung jawab untuk bersuara,” kata Faizal lapor Bernama.

Faizah yang juga Menteri Belia dan Sukan, selepas menghadiri Program Derma Darah Perak-Foodbank bersama Kiwanis Jelapang hari ini.

Pada Jumaat, Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata parti tersebut belum memberi apa-apa arahan kepada dua ADUN tersebut, berhubung kedudukan mereka dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan yang mengulas perkara itu berkata tidak ada keperluan untuk membawa bersama dua wakil rakyat PN dalam pembentukan kerajaan negeri Melaka.

Tiada ulasan: