Wanita nikahi bekas tentera tidak layak dapat pencen
Utusan Online
IPOH – Kerajaan tidak akan membayar pencen kepada balu bekas anggota tentera sekiranya pernikahan mereka berlangsung selepas anggota berkenaan bersara daripada perkhidmatan.
Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia, Mejar Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan berkata, kerajaan menghargai sumbangan isteri yang sanggup mengikut suami berpindah-randah dan ditinggalkan semasa suami bertugas di perbatasan.
Beliau berkata, atas pengorbanan itu, maka kerajaan bersetuju membayar pencen kepada isteri terbabit sekiranya suami mereka meninggal dunia.
``Bagaimanapun, hanya isteri yang dikahwini semasa anggota tentera masih berkhidmat sahaja layak mendapat pencen tersebut kerana mereka yang banyak berkorban untuk kesejahteraan rumahtangga dan keluarga.
``Andai kata, bekas anggota tentera kematian isteri dan bernikah semula selepas bersara, maka isteri barunya tidak layak mendapat pencen kerana mereka tidak menyumbang apa-apa kepada suami semasa bertugas dulu," katanya.
Zulkiflee berkata demikian ketika menjawab soalan diajukan oleh seorang veteran JHEV semasa majlis dialog veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama beliau di Hotel Seri Malaysia di sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan