Utusan Online
KOTA BHARU . - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat, tidak menjadi kesalahan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan dengan memujuk Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) lompat parti.
Katanya, apa yang dilakukan Anwar adalah selaras dengan kehendak demokrasi, mengikut peruntukan undang-undang dan sejajar dengan tuntutan masa dan keadaan.
"Kalau Anwar tidak buat macam itu, nak buat macam mana lagi, sementara menunggu pilihan raya, buat macam ini dulu.
"Dalam pilihan raya, jika berlaku penipuan dan rasuah, tidak akan ada perubahan kuasa itu," katanya kepada pemberita selepas sambutan ulang tahun ke-18 Akaun Amanah Kebajikan Darulnaim, di sini hari ini.
Beliau ditanya berhubung dengan kegagalan Anwar menubuhkan kerajaan baru pada hari ini sebagaimana yang diuar-uarkan.
Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, tarikh perubahan kuasa itu tidak penting kerana lebih penting adalah merealisasikan hasrat pembangkang bila sampai masanya.
Beliau yakin, biar apa yang diharapkan oleh Anwar belum menjadi kenyataan hari ini, namun ia bukan satu angan-angan Mat Jenin seperti yang dikatakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Abdul Hadi dilaporkan membuat kenyataan itu sebagai mengulas kemungkinan berlaku peralihan kuasa pada hari ini seperti yang digembar-gemburkan sekian lama.
"Dalam berpolitik tidak ada istilah sedemikian. Orang politik tidak ada Mat Jenin dan dia akan buat jadi kenyataan," ujar Nik Abdul Aziz.
1 ulasan:
Sekejap halal kejap haram...mana satu daaaaa
fening fening.
Catat Ulasan