HALAMAN SANTAI

Sabtu, 6 September 2008

Pengerusi Gerakan KL sertai PKR

mstar online


PETALING JAYA: Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Tan Kee Kwong yang digantung keahlian dua bulan lalu dijadual mengumumkan beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebentar lagi.

Beliau akan mengadakan sidang media di Ibu Pejabat PKR pukul 1 tengah hari ini.

Gerakan menggantung keahlian Tan berikutan tindakannya menerima jawatan dalam pentadbiran kerajaan Selangor yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Tan menerima tawaran menyertai kerajaan Selangor bagi mengetuai pasukan petugas untuk memperbaiki pentadbiran serta dasar berhubung pemilikan tanah. Tindakan bekas
Timbalan Menteri Pembangunan Tanah dan Koperasi itu adalah yang kedua membabitkan pemimpin Gerakan, selepas Datuk Lee Kah Choon.

Lee yang juga bekas Timbalan Setiausaha Agung Gerakan, menerima jawatan Pengarah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dan Invest Penang daripada kerajaan pimpinan pembangkang di Pulau Pinang.

Tiada ulasan: