Suara KeADILan
KUALA LUMPUR - PENAHANAN tiga individu dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digambarkan oleh peguam terkemuka, Zulkifli Nordin sebagai gelombang pertama ke arah Operasi Lalang kedua.
Semalam tiga orang ditahan di bawah ISA, antaranya ialah Blogger Raja Petra, Exco Kerajaan Negeri Selangor Teresa Kok dan Wartawan Sin Chew, Tan Hoon Cheng ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
Katanya ketika dihubungi Suara Keadilan pagi ini, Zulkifli tidak menolak akan berlaku sebarang tangkapan besar-besaran dalam masa terdekat seperti mana pernah berlaku pada tahun 1987.
“Ianya sama seperti Operasi Lalang 1987, dimana hanya beberapa orang sahaja di tahan ketika itu sebelum tangkapan beramai-ramai beberapa hari selepas hari berkenaan,” katanya.
Mengulas mengenai penahanan, Zulkifli yang juga Ahli Parlimen KeADILan - Kulim Bandar Baharu, mengutuk tindakan berkenaan dan menganggap ianya tidak sesuai dengan masyarakat moden zaman ini kerana ianya adalah satu pencabulan hak asasi.
“Menafikan hak membela diri adalah satu pencabulan yang sangat serius dan tindakan ini memberi satu gambaran buruk kepada mata dunia” katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan