HALAMAN SANTAI

Sabtu, 13 September 2008

Rombongan KeADILan berjaya hubungi MP BN, BNBBC ke Hongkong hari ini

Suara KeADILan


TEIPEI- KETUA Penerangan KeADILan, Tian Chua pagi ini memberitahu Suara Keadilan, rombongan pimpinan KeADILan berjaya berkomunikasi bersama beberapa orang Ahli Parlimen Barisan Nasional hari ini.

“Kita dapat berkomunikasi dengan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional yang berada disini,” katanya melalui SMS yang dihantar pagi ini.

Tian Chua turut memberitahu kebanyakan Ahli Parlimen yang mengikuti rombongan BNBBC mengutuk tindakan kerajaan yang menahan Blogger Raja Petra, Exco Kerajaan Negeri Selangor Teresa Kok dan Wartawan Sin Chew, Tan Hoon Cheng ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

“Ramai Ahli Parlimen Barisan Nasional memberitahu kami, mereka tidak berpuas hati dengan tangkapan ketiga-tiga mereka di bawah ISA,” tambahnya lagi.

Semalam, lima pemimpin KeADILan Antaranya Tian Chua, Pengarah Strategi Saifuddin Nasution; Timbalan Pengarah Pilihanraya Fuziah Salleh, Ketua Penerangan Wanita Elizabeth Wong dan ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi PKR, Low Chee Cheong berlepas ke Taiwan.

Tian Chua turut menambah bahawa hari ini, rombongan BNBBC akan terbang ke Hong Kong.
Pada 8 September lalu, sejumlah 49 ahli Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) telah bertolak ke Taiwan.

Tiada ulasan: