SM Noor
Kemaman – Gelora yang kuat melanda politik tanahair sekarang menandakan UMNO dan Barisan Naional (BN) lemas dengan asakan Pakatan Rakyat menyebabkan Dato’ Seri Najib Razak menyerang negeri Perak.
Oleh kerana tidak pasti tentang peralihan kuasa di Putrajaya menyebabkan Timbalan Perdana Menteri terdesak dan merampas kuasa di negeri Pakatan Rakyat.
“Walaupun pemilihan UMNO jelas (jawatan presiden) diserahkan kepada Najib, tetapi soal (jawatan) Perdana Menteri ia belum cukup jelas,
“Ketidakpastian yang cukup-cukup menakutkan Najib, sebab itu dia cuba mengalihkan tumpuan kita, dengan melakukan serangan keatas negeri Perak,”kata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mustafa Kamil Ayub semasa merasmikan Mesyuarat Agung Penubuhan Semula PKR Bahagian Kemaman, disini.
Menurut beliau di negeri Kedah, ADUN Bukit Selambau V. Arumugam telah diugut dan diancam sehingga Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Azizan Razak menyediakan seorang pengawal peribadi khusus untuk menjaga keselamatan dirinya.
“Kemudian, isterinya dan anaknya yang bersekolah pula diancam, akhirnya YB Arumugam tidak tahan beliau berjumpa dengan Dato’ Seri Anwar dan Dato’ Seri Azizan, dia buat pilihan untuk lepaskan jawatan Exco dan ADUN,”kata Mustafa
Beliau berkata UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang terdesak mengugunakan wang, gunakan paksaan dan tekanan keatas mengugut anggota parlimen dan ADUN Pakatan Rakyat.
Oleh yag demikian katanya, semua pendokong Pakatan Rakyat baik dari PKR, DAP dan PAS serta seluruh rakyat yang mahukan perubahan sebenar, dalam konteks politik tanah air perlu ada kesabaran untuk menghadap keadaan yang getir sekarang.
Katanya, beliau yakin teman-teman PKR, PAS dan Pakatan Rakyat di Terengganu mempunyai ketahanan kerana telah menghadapi keadaan jatuh bangun dalam politik negeri Terengganu.
“Tahun 1999 hingga 2004 kita menang di negeri Terengganu, kita menang sejumlah kerusi parlimen di negeri Terengganu,
“Tapi dalam tahun 2004 akibat penipuan, pengundi hantu dan seumpamanya, kita tewas dan kemudian kita bangkit sedikit dalam (PRU 12) Mac 2008,
“Tapi saya yakin Insya Allah, akan tiba masanya untuk Pakatan Rakyat negeri Terengganu akan tampil dengan kuat dan bergaya, sebagaimana kita telah buktikan dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu,”ujarnya.
Katanya Pakatan Rakyat mempunyai banyak agenda dan kerangka perjuangan yang perlu dilakukan termasuk menunaikan agenda ‘Harapan Baru’ yang telah di ungkapkan pada Pilihanraya Umum ke 12. Mac tahun lalu.
“Kita akan mampu terus mara kehadapan bergerak selangkah dan seiiring bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat,
“Bagi menggerakkan sebuah bahtera perjuangan, semua pihak diperlukan, sebagaimana dalam surah as-Saff dirakamkan oleh Allah SWT, Allah cinta dan kasih kepada mereka-mereka yang berjuang dalam saff yang tersusun rapi, umpama sebuah bangunan,”jelasnya.
Justeru katanya, semakin kuat asakan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat dalam gerakan yang semakin hampir menuju ke Putrajaya, semakin kuat gelora politik yang akan dihadapi oleh Pakatan Rakyat.
Turut hadir dalam majlis perasmian Mesyuarat Penubuhan (semula)PKR Bahagian Kemaman yang diadakan di dewan Bangunan PASXKawasan Kemaman adalah Pengerusi Perhubungan PKR Negeri, Wan Rahim Wan Hamzah dan Haji Ismail Harun (Abang Weil) Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman dan Haji Hanafiah Ramly @ Mat, Timbalan YDP PAS Kemaman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan