HALAMAN SANTAI

Jumaat, 22 Mei 2009

Jenazah Arwah Pak Su Weil Selamat Disemadikan

Editor Buletin


KUALA KERAI - Jenazah Allahyarham Hj Ismail Yaacob (Pak Su Weil) telah dibawa ke rumahnya di Manik Urai Lama, dan disemadikan di tanah perkuburan dikampung tersebut selepas solat Jumaat.

Bernama melaporkan, seramai kira-kira 2,000 orang turut serta dalam solat jenazah yang di imamkan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat di masjid Kampung Manik Urai Lama.

Allahyarham meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini kira-kira 5.55 pagi tadi kerana sakit jantung dan beliau dimasukkan ke hospital tersebut untuk menerima rawatan sejak bulan lepas.Allahyarham meninggalkan isteri Siti Zaharah Ibrahim dan 10 orang anak.

Beliau, yang mewakii PAS, mula memenangi DUN Manik Urai pada pilihan raya umum 1985.Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, Allahyarham tidak mempertahankan kerusi tersebut, sebaliknya diwakili oleh Zamzuri Mat Lazim.

Namun Allahyarham Ismail dipilih semula bertanding kerusi DUN berkenaan pada pilihan raya umum tahun lalu dan menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohamed Zulkifli Omar dengan majoriti 1,352 undi.

Allahyarham merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS bahagian Kuala Krai. Parlimen Kuala Kerai diwakili oleh Bendahari PAS, Dr. Mohd Hatta Ramli.

Berita Sebelumnya

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Manek Urai, Haji Ismail bin Yaacob, (Pak Su Weil) 60, meninggal dunia selepas subuh pagi ini di Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu, Kelantan.

Beliau dimasukkan ke hospital tersebut pada 26 April lalu kerana menghadapi masalah sakit tua antaranya penyakit gout, dan kencing manis yang menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.

Allahyarham Pak Su Wei bertanding dan mula memenangi Dun Manek Urai sejak pilihan raya umum tahun 1986. Oleh itu, sehingga akhir hayatnya, beliau sudah lima penggal mewakili Dun berkenaan.

Beliau dianggap sebagai seorang yang 'gedebe' dikalangan orang PAS Kelantan dan memegang potfolio keselamatan dalam PAS Kelantan beberapa lama.

Ketokohan beliau amat disegani oleh kawan dan lawan, justeru pada pilihan raya umum 2004, apabila beliau tidak bertanding dan Dun Manek Urai diwakili Ustaz Zamzuri Mat Lazim, PAS tewas kepada calon BN

Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali, ketika dihubungi sebentar tadi, mengesahkan Allahyarham Ismail meninggal dunia kerana sakit.

"Beliau dah lama sakit dan meninggal dunia awal pagi... kita akan adakan sidang media pagi ini," kata beliau. Ismail telah dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu akhir bulan lalu kerana masalah di bahagian kaki dan difahamkan turut menghadapi masalah jantung.

Dalam pilihan raya umum lalu beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Mohamed Zulkepli Omar dengan majoriti 1,352 undi. Dalam pada itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS II Kelantan, Datuk Nik Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, Allahyarham dikebumikan selepas solat Jumaat.

Tiada ulasan: