HALAMAN SANTAI

Jumaat, 15 Mei 2009

Speaker DUN Perak V.Sivakumar Di Kemaman 17 Mei

Editor Buletin


KEMAMAN – Rakyat Terengganu berpeluang mendengar sendiri cerita bagaimana UMNO/BN melantik ‘Speaker Haram’ Ganesan, dalam Sidang DUN Perak baru-baru ini dari Speaker yang sah, V.Sivakumar.

Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Chukai, Haji Hanafiah Mat@Ramly berkata, MTD Chukai akan mengadakan program ‘1Malaysia Gelap Gelita’ pada 17 Mei, Ahad, di Dataran Tok Guru Nik Aziz, Geliga, Kemaman.

Beliau berkata program tersebut yang dianjurakan oleh MTD tersebut akan dihadiri oleh penceramah jemputan V.Sivakumar yang juga ADUN Tronoh diiringi oleh Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut.

“Objektif program tersebut adalah untuk mendedahkan kepada rakyat Terengganu, khususnya warga Kemaman dan Chukai tindakan rakus dan perlanggaran demokrasi yang dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional,”katanya yang menghubungi Buletinonline semalam.

Disamping penerangan dengan ceramah yang disampaikan, katanya, tayangan video ‘Tragedi Hitam Pelantikan Speaker Haram’ akan turut diadakan sebelum ceramah dimulakan.

Oleh itu, beliau menjemput seluruh rakyat beramai-ramai ‘turun’ ke DUN Chukai bagi mendengar V.Sivakumar secara ‘live’ buat kali pertamanya di negeri Terengganu.

Tiada ulasan: