HALAMAN SANTAI

Sabtu, 4 Julai 2009

Tiga remaja Orang Asli lahir anak tanpa bapa

BERITA HARIAN ONLINE


SUBANG JAYA: Tiga remaja Orang Asli, berusia antara 12 dan 15 tahun, melahirkan anak tanpa bapa di sebuah hospital di Cameron Highlands.

Lebih membimbangkan, remaja berusia 12, 13 dan 15 tahun itu tidak mengetahui siapa bapa kepada anak mereka kerana mendakwa tidur dengan lebih daripada seorang lelaki.

Mendedahkan perkara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Senator Datuk T Murugiah, berkata beliau mendapat tahu mengenai perkara itu ketika membuat lawatan ke hospital berkenaan, kelmarin.

Terkejut dengan perkara itu, beliau berkata, apa yang lebih membimbangkan apabila remaja terbabit mendakwa tidak mengetahui bapa kepada anak mereka kerana tidur dengan ramai lelaki.

“Ini masalah serius kerana ia masalah sosial yang jika tidak ditangani segera akan memudaratkan generasi muda masa kini,” katanya.

Tiada ulasan: