HALAMAN SANTAI

Ahad, 25 Oktober 2009

Bayi ditemui di pondok bas


Seorang jururawat di Hospital Jengka menunjukkan bayi yang ditemui di pondok bas berhadapan SMK Jengka Pusat 2, Jengka, Pahang, semalam.

UTUSAN ONLINE

MARAN - Penduduk di sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka Pusat 2 dekat sini gempar apabila menemui bayi yang baru dilahirkan di sebuah pondok bas di hadapan sekolah berkenaan hari ini.

Bayi lelaki seberat 2.5 kilogram itu dijumpai dalam keadaan berbalut dengan tuala oleh orang ramai kira-kira pukul 8.20 pagi.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Supritendan Ahmad Johari Shahabuddin berkata, bayi malang yang dalam kesejukan itu ketika ditemui masih mempunyai tali pusat.

"Orang ramai segera menghubungi ambulans dan bayi berkenaan dihantar ke Hospital Jengka untuk pemeriksaan lanjut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Ahmad Johari, pihaknya percaya bayi itu dilahirkan awal pagi ini di tempat lain sebelum ditinggalkan di pondok bas berkenaan.

"Polis belum dapat mengenal pasti keturunan bayi berkenaan dan siasatan masih dijalankan," jelasnya.

Sementara itu, beliau menggesa orang ramai supaya memaklumkan kepada polis sekiranya mengetahui mana-mana individu di kawasan mereka yang terbabit dalam pembuangan bayi.

Pengarah Hospital Jengka, Sarifudin Saad berkata, setelah melakukan pemeriksaan, pihaknya mendapati bayi itu cukup sifat dan sihat.

"Bayi berkenaan akan ditempatkan di wad kanak-kanak sebelum menyerahkannya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya.

Tiada ulasan: