MALAYSIA KINI
Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA) hari ini menafikan satu laporan portal berita tempatan yang mendakwa Ketua Pegawai Eksekutif IRDA Harun Johari telah meletakkan jawatan.
Katanya Harun masih lagi menjadi CEOnya dan komited terhadap tugas dan tangung jawabnya memastikan kejayaan pelaksanaan pelan pembangunan kemudahan Iskandar Malaysia dan pelaksanaan projek yang diluluskan mengikut jadual.
"Saya komited sepenuhnya dalam meneruskan usaha saya untuk menerajui pasukan di IRDA untuk memfokus pencapaian sasaran yang ditetapkan bagi Iskandar Malaysia," kata Harun di dalam kenyataan tiga prenggan yang dikeluarkan di Johor Bahru malam ini.
Kenyataan itu berkata Harun masih melaksanakan tugasnya sebagai CEO IRDA, lapor Bernama.
IRDA adalah agensi perancangan dan pelaksanaan zon ekonomi Iskandar Malaysia, yang merupakan wilayah pembangunan terbesar di negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan