HALAMAN SANTAI

Sabtu, 16 Januari 2010

Gerhana Matahari bukan kerana kematian atau kehidupan seseorang


Rhusila, MARANG – Fenomena gerhana matahari yang berlaku hari ini 15 Januari, 2010, pernah berlaku pada tahun kedua selepas nabi SAW berhijrah dari Mekah ke Madinah.
http://buletinonline.net/images/stories/berita20/gerhanadirhusila.JPGKejadian yang amat jarang berlaku itu menyebabkan para sahabat membuat pelbagai andaian, termasuk mengaitkannya dengan wafatnya Ibrahim yang kebetulan berlaku pada tahun yang sama.

Ibrahim adalah seorang antara tiga putera Baginda yang wafat ketika masih kecil.

(Gambar - seorang jamaah melihat gerhana matahari menggunakan filem di perkarangan masjid Rhusila)

Namun demikian, apabila RasuluLlah SWA mendengar pelbagai andaian tentang gerhana matahari tersebut, beliau telah bersabda dengan sepotong hadis yang melarang umat Islam mengaitkan kejadian alam itu dengan kematian atau kehidupan seseorang.

Sebaliknya RasuluLlah SAW mengingatkan manusia bahawa matahari dan bulan adalah dua ciptaan Allah dan diantara ayat-ayat yang menunjukkan kebesaranNya.

Demikian pengkisahan yang dinyatakan oleh Ustaz Zulyaden, Imam masjid Rhusila ketika menyampaikan khutbah sebaik selesai solat sunat gerhana matahari bersama-sama 300 orang jamaah kira-kiran 3.45 petang Jumaat 15 Januari.

Tiada ulasan: