HALAMAN SANTAI

Rabu, 27 Januari 2010

KPN: Bertenang dan tampil bantu polis

MALAYSIA KINI



Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meminta semua pihak supaya bertenang dan tidak meletakkan undang-undang di tangan sendiri.

Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil membantu siasatan polis.

Musa juga memberi amaran tegas kepada mana-mana pihak supaya tidak melakukan provokasi yang boleh menjejaskan keselamatan negara.

Pagi tadi, kepala babi dikesan dilontarkan di dua masjid sekitar Jalan Klang Lama, di ibu negara,

Kepala babi berkenaan dijumpai di masjid Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan di masjid Al-Imam Al-Tirmizi di Taman Sentosa.

Nurul Izah turut di masjid

Dalam pada itu, ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izah Anwar yang juga berada di tempat kejadian berharap, satu siasatan diraja dilakukan bagi menangani kes-kes mencemarkan rumah ibadat.

Ditanya sama ada dia puashati dengan tindakan polis setakat ini, Nurul berkata, "Saya tak kata berpuashati tetapi saya lihat ada ketekunan".

Nurul juga berkata, kejadian seumpama itu adalah di luar jangkaan dan terdapat juga kebatasan dalam bilangan anggota polis.

Nurul Izah tiba pada jam 9 pagi, manakala Musa pula tiba kira-kira jam 11 pagi, walaupun pihak polis dilaporkan berada di lokasi seawal jam 6.40 pagi.

Malam ini, Nurul Izah akan menghadiri majlis tazkirah di masjid yang sama.

Sementara itu, imam masjid berkenaan, Zulkifli Mohamad kesal dengan perbuatan tersebut.

Katanya, beliau keluar melihat bungkusan itu selepas dimaklumkan oleh seorang anak kariah.

Berikutan kejadian itu, mereka menghubungi polis.

Tiada ulasan: