HALAMAN SANTAI

Khamis, 28 Januari 2010

PKR Perlu Perbaiki Kelemahan, Sentiasa Waspada Taktik Umno-BN

TV SELANGOR


Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat Badrul Hisham Shaharin menggesa kerajaan negeri Selangor untuk lebih berwaspada dengan strategi Umno- BN untuk merampas negeri itu dari Pakatan Rakyat.

Beliau berkata kerajaan negeri perlu mengambil ruang ini untuk melipat- gandakan, memperbaiki kelemahan urustadbir, serta menyarankan pimpinan Pakatan Rakyat Selangor agar merapatkan barisan dan mewajakan displin diri.

"Pegawai- pegawai kerajaan, pentadbir- pentadbir perlu faham. Yang kamu jalankan ini adalah amanah rakyat. Gaji yang kamu dapat adalah dari potongan rakyat yang membayar cukai," katanya.

"Kerajaan negeri selangor hari ini dibandingkan dengan kerajaan negeri dibawah rejim umno bn dulu jauh lebih baik dari segi perkhidmatan kepada rakyat. tapi itu tidak cukup. masih banyak ruang yang perlu kita perbaiki," katanya lagi.

Semalam, Penasihat Ekonomi Selangor Anwar Ibrahim mengesahkan adanya usaha untuk merampas-kembali Selangor - negeri terkaya di Malaysia dan satu kehilangan besar buat pemimpin Umno-BN.

Mengulas perkara ini, Badrul menggesa rakyat untuk bermuhasabah dan membandingkan kecuaian 50 tahun pemerintahan Umno-BN berbanding dua tahun Selangor ditadbir Pakatan Rakyat.

"Saya harap seluruh rakyat Selangor bersatu. Yang dihimpit bukan Pakatan Rakyat, yang dihimpit, dihina adalah rakyat negeri Selangor. 50 mereka memerintah, mereka tidak pernah mimpi untuk bagi air percuma kepada rakyat. Memang kerajaan negeri rugi tapi jauh dari itu, rakyat negeri selangor yang untung," jelasnya lagi.

Tiada ulasan: