HALAMAN SANTAI

Khamis, 28 Januari 2010

Khir Toyo saman ADUN Sekinchan

Lee Way Loon




Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo memfailkan saman fitnah terhadap ADUN Sekinchan Ng Suee Lim kerana mendakwanya memiliki kediaman mewah gaya Bali di Shah Alam bernilai RM24 juta.

Ketika ditemui Malaysiakini, Ng mengesahkan menerima saman tersebut semalam dan bersedia mempertahankan dirinya di mahkamah.

"Saya akan cabar saman yang difailkan Dr Khir," kata Ng.

Ekoran itu, tambahnya, beliau telah melantik ADUN Kota Alam Shah, M Manoharan sebagai peguam bagi menangani kes tersebut.

Ng bagaimapun berkata, butiran terperinci saman tersebut hanya akan didedahkannya kepada media esok.

Ng sebelum ini mendakwa Dr Khir memiliki rumah seluas 50,000 kaki persegi yang dianggarkan bernilai RM20 juta. Manakala tanahnya pula didakwa dibeli dengan harga RM3.8 juta.

Dr Khir bagaimanapun dilaporkan menafikannya dengan berkata, tanah dan rumah tersebut hanya bernilai RM4 juta.

Tiada ulasan: