HALAMAN SANTAI

Selasa, 26 Januari 2010

Nik Aziz disukai bukan Islam, Abdul Hadi sudah lama pertahan Cina

Oleh Nan Binjai

”Tok Guru Hadi Awang kata, dia jamin keselamatan orang Cina, dia kata kalau Umno bawa 10,000 orang pemuda untuk melakukan sesuatu kepada orang Cina, beliau akan mengerahkan 10,000 pemuda PAS, melindungi orang Cina,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Triang, Leong Ngah Ngah.

”Saya menangis bila ingat kesah dengan Tok Guru Hadi Awang, waktu itu sepuluh tahun lalu, Tok Guru pergi ceramah di tempat saya di Triang, semua orang Melayu, saya satu orang Cina,” ujarnya memulakan ucapan pada Majlis Makan Malam Bersama Masyarakat Tionghua Dewan Undangan Negeri (Dun) Chukai, di Kemaman, Sabtu lalu, 23 Januari

Sehubungan itu, para blogger yang mengutuk Tok Guru Abdul Hadi Awang boleh semak diri dan bandingkan kerja dan usaha yang telah lama dilakukan Presiden PAS itu dengan masyarakat bukan Islam. Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pula terus menjadi perintis kearah meneruskan kesinambungan hubungan dengan bukan Islam sehingga akhirnya berjaya mengwujudkan Kelab Pengokong PAS.

Hari ini, kelab tersebut diiktiraf sebagai dewan sama taraf dengan Dewan Ulama PAS Pusat , pemuda dan muslimat. Hasil kerja yang bukan baru tetapi berterusan daripada
kegagalan sehingga kepada kejayaan.

PAS mengwujudkan CCC, kemudian mati. Hubungan pula melalui strategik politik bersama parti bukan Islam, Angkatan Perpaduan Ummah (Apu) sehingga sekarang bersama pakatan rakyat (PR).

Pengalaman ini amat menyeronok sepanjang membangunkan politik PAS tetapi kenapa bloggers tidak mahu memahami hati nurani PAS sebelum menulis mengutuk dan mencerca
pemimpin PAS seolah-olah tiada yang baik. Malah ada yang buat agenda `Langgar Hadi' untuk menjatuhkan Tok Guru Abdul Hadi.

Kalau blogger boleh kutuk Abdul Hadi tetapi Adun Triang, Pahang daripada DAP, Leong walaupun sudah 10 tahun tetapi masih ingat budi Abdul Hadi.

Orang berbudi kita berbahasa. Itu sikap yang dipelajari Leong. Jadi para blogger pengutuk boleh jumpa Leong bagi tambah sedikit atau mungkin Leong boleh memberi sedikit tips dan cara untuk menghormati orang lain.

Berikut laporan penuh daripada Buletin Online:

ADUN Triang Menitiskan Air Mata Mengenangkan kesahnya Dengan Presiden PAS

Tuesday, 26 January 2010 04:06 SM Noor

Chukai, KEMAMAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Triang, Pahang dari parti DAP, Encil Leong Ngah Ngah, menitiskan air mata apabila mengenangkan kesahnya dengan

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

”Saya menangis bila ingat kesah dengan Tok Guru Hadi Awang, waktu itu sepuluh tahun lalu, Tok Guru pergi ceramah di tempat saya di Triang, semua orang Melayu, saya satu orang

Cina,”katanya memulakan ucapan pada Majlis Makan Malam bersama Masyarakat Tionghua DUN Chukai, disini Sabtu lalu, 23 Januari.

Menurutnya, pada waktu itu Umno berkempen dalam memperjuangkan ketuanan Melayu dan memburuk-burukkan orang Cina, khususnya DAP.

Katanya, Umno sedang bersiap sedia untuk membawa 10,000 orang pemudanya ke Kuala Lumpur, bagi menunjukkan kekuatan.

”Tok Guru Hadi Awang kata, dia jamin keselamatan orang Cina, dia kata kalau Umno bawa 10,000 orang pemuda untuk melakukan sesuatu kepada orang-orang Cina, beliau akan

mengerahkan 10,000 pemuda PAS, melindungi orang Cina,”ujar Leong, dihadapan 150 orang Tionghua yang hadir pada malam tersebut.

Oleh itu, beliau berterima kasih kepada orang-orang PAS khususnya dalam kawasan DUN Triang.

”Orang-orang PAS banyak tolong saya, sejak mula-mula saya bertanding, orang PAS yang banyak tolong, tidak minta upah dengan saya walau satu sen pun,”terang Leong lagi.

Justeru beliau berharap Pakatan PAS dan DAP serta PKR akan kekal bersama Pakatan Rakyat, bagi masa depan Malaysia yang lebih baik.

”Pada tahun 1999, saya mula nampak satu harapan, saya kata harapan Malaysia masih ada, apabila pada tahun itu, semasa pilihanraya wanita (muslimat) PAS minta bendera DAP dan wanita DAP tidak takut pegang bendera PAS,”katanya.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Penolong Setiausaha PAS Terngganu merangkap Pengarah DUN Chukai, Haji Hanafiah Mat, ADUN Simpang Pulai, Cahn Ming Kai dan Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing.

http://nanbinjai.blogspot.com/

Tiada ulasan: