HALAMAN SANTAI

Selasa, 26 Januari 2010

Siapa ‘GODFATHER’ Diesel Bersubsidi Di Sabah?

SABAH DAILY


PENANGKAPAN Bekas Ketua Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNK) Sabah, Ismail Yunus oleh Mantan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Sabah (SPRM), Hajjah Latifah Md Yatim tahun lalu, tidak memberi keinsafan kepada para penyeludup diesel bersubsidi meneruskan operasi haram mereka, terutama di kawasan Barter Trade Sandakan, Tawau dan Kunak.

Tiada siapa menyangka seorang Ketua Penguatkuasa KPDNK yang bergaji tidak sampai RM5,000 boleh memiliki wang tunai RM700,000 di dalam rumah sebelum diberkas SPRM, namun khabarnya kesnya senyap begitu sahaja tanpa sebarang ‘follow-up’ oleh Pengarah SPRM Sabah, Haji Jalil Jaafar.

Tambahan pula tuduhan yang dikenakan kepada Ismail hanyalah ‘kes ikan bilis’ iaitu apabila bil hotelnya dibayar oleh Ega Trade Sdn.Bhd yang mempunyai kepentingan urusniaga diesel bersubsidi dan bukannya pemilikan RM700,000 dalam peti simpanan di rumahnya dan kesalahannya bersubahat menjual diesel bersubsidi.

Persoalan yang timbul selama ini ialah kenapa Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Dato’ Mustafa Haji Ahmad membenarkan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sandakan mengadakan usahasama (Jv) dengan sindiket besar JC Petroleum di Sandakan dan Tawau seolah-olah PNK tidak mampu beroperasi sendiri?.

Keputusan Dato’ Mustafa bercanggah sama sekali dengan pengumuman Pengerusi LKIM, Datuk Abdul Rahim Ismail yang mengumumkan kira-kira 9.8 juta liter diesel bersubsidi akan diperuntukkan kepada Persatuan Nelayan Sabah (Pengasah) bermula 1 Januari 2010 dan jualan borong diesel itu akan dijalankan di Sandakan dan Tawau sebelum diperluaskan ke semua kawasan di Sabah menjelang Jun 2010.

Ironinya, kerajaan membelanjakan sejumlah RM14 juta sebulan di Sabah berbentuk insentif sara hidup RM200 kepada setiap nelayan namun sebilangan besar daripada 32,000 nelayan yang menerima insentif ini dikesan cuba menipu LKIM kerana mengemukakan permohonan berulang dengan menggunakan nama ahli keluarga kerana gagal mendapat subsidi diesel yang diagehkan melalui Ko-Nelayan.

Jelas sekali Ketua Pengarah LKIM cuba bermain ‘Teori Domino’ dengan SPRM apabila membenarkan Ko-Nelayan membuka depoh menjual minyak diesel di Pusat Tukar Barang (Barter Trade) di Sim-Sim Sandakan yang merupakan kawasan larangan (Restricted Area) kerana kemungkinan minyak diesel bersubsidi dijual kepada Kumpit Filipina adalah dominan dan telahpun berlaku sebelum ini.

Dalam waktu yang sama, Ketua Pengarah LKIM melarang keras Persatuan Nelayan Kudat (PNK) beroperasi sedangkan semua keperluan logistik telah dilengkapkan semata-mata kerana beliau mempunyai kepentingan di Sandakan terutama dalam JC Petroleum.

Ramai Ahli PNK Sandakan kesal kenapa Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kastam dan Eksais Di Raja membenarkan Ko-Nelayan beroperasi di kawasan larangan sedangkan minyak diesel bersubsidi berkenaan dikhususkan untuk nelayan tempatan dan bukannya bot asing.

Memandangkan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) telah mula beroperasi, maka para penyeludup ini tidak mempunyai depoh baru dan atas persekongkolan semua pihak yang terlibat telah membenarkan Ko-Nelayan beroperasi di kawasan larangan Barter Trade Sandakan mulai esok, 25 Januari 2010.

Pemilik North Borneo Fishing Sdn.Bhd dan Khusairi selama ini telah menggunakan tanah APMM untuk kegiatan penyeludupan diesel bersubsidi. Tanah tersebut pada mulanya milik ‘Mr Chang’ (North Borneo Fishing) sebelum dijual kepada APMM dengan harga RM700,000; manakala tiga bidang tanah selebihnya milik keluarga YB Edward Khoo yang dijual kepada APMM sejumlah RM2 juta melalui Penolong Pemungut Hasil Tanah Sandakan

Perlantikan Khusairi Tarmizi (mempunyai pertalian saudara dengan Dato’ Mustaffa) sebagai Pengurus Besar PNK Sandakan meresahkan semua pihak kerana jawatan tersebut sewajarnya diisi anak tempatan. Lebih memalukan, Khusairi yang berasal daripada Semenanjung Malaysia juga adalah Pengurus Besar Persatuan Nelayan Negeri Sabah (Pengasah) yang kini memangku jawatan Ketua Pegawai LKIM Sandakan setelah Resad Dellilah ditukarkan ke Semenanjung Malaysia kerana terlibat dengan kes rasuah.

Kehadiran seorang lelaki bernama Musa amat menarik perhatian Krew Sabahkini.net kerana beliau mengawal kawasan daripada sempadan Polis Marin sehingga ke Pelabuhan Barter Trade. Dengan tubuh yang sasa dan bersikap samseng, Musa dipercayai orang suruhan seorang Tan Sri yang mendalangi semua kegiatan haram di Barter Trade.

Musa atau nama asalnya, Awang Damit Abdullah kelihatan rapat dan sering bersama Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah, Nizam Datuk Abu Bakar Titingan dan mendapat sokongan padu daripada Shahrulnizam Azuddin, Pegawai Tadbir Khas kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Namun tidak dapat dikenalpasti sama ada Nizam atau Shahrulnizam terlibat dengan aktiviti gelap yang dilakukan Musa yang dianggap sebagai ‘Trouble Shooter’ dan ‘Bill Collector’ kepada ‘Mr Chang’ dan ‘Khusairi’ yang menjadi ‘Key Player’ di LKIM.

Sehingga kini, tidak ada pihak mengetahui siapa yang melindungi Ketua Pengarah LKIM, Dato’ Mustaffa kerana beliau masih belum dipanggil memberi keterangan oleh SPRM walaupun kes penyeludupan diesel bersubsidi di Sandakan berjaya dibongkar SPRM pada awal tahun lalu.

LKIM, sebuah Badan Berkanun yang ditubuhkan pada 1 November, 1971 di bawah Akta 49, Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, 1971 untuk meningkatkan taraf hidup nelayan kini digelar sebagai agensi ‘Lintah Darat’ atau ‘Anaconda’ kerana gagal mentadbir urus pengagehan diesel bersubsidi kepada nelayan yang benar-benar memerlukan.

Pusat Jualan Diesel Bersubsidi hanya tinggal nama atau papantanda sahaja kerana semua urusan dilakukan oleh JC Petroleum yang tidak mempunyai lesen PDA untuk penjualan runcit petroleum daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNK).

Mengejutkan sekali, Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Harga dan Bekalan Diesel mengharamkan semua aktiviti penjualan diesel bersubsidi di jeti persendirian, namun arahan Jawatankuasa Kabinet ini gagal dipatuhi Ketua Pengarah LKIM.

Dato’ Mustafa telah melantik JC Petroleum yang dimiliki oleh seorang penjenayah yang telah menjalani hukuman buang daerah daripada Johor Bharu atas kesalahan yang sama, Mr Tay dan Gundiknya di Tawau melalui beberapa anak syarikatnya untuk mengagehkan diesel bersubsidi yang terletak di bawah bidang kuasanya.

Mengikut modus operandi yang dijalankan secara haram, Dato’ Mustaffa telah mengarahkan Pengurus Besar Ko-Nelayan, Haji Mashood Salleh dengan kerjasama Mantan Pengerusi Ko-Nelayan, Datuk Haji Jasa Datuk Haji Rauddah membolot semua kuota yang diberikan dengan melantik JC Petroleum sebagai pengedar tunggal.

Perlantikan Datuk Samsuddin Yahya sebagai Pengerusi Ko-Nelayan yang baru gagal membawa sebarang pembaharuan kerana Masood dilihat mempunyai Kuasa Eksekutif untuk mentadbir urus Ko-Nelayan.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada Samsuddin terlibat dengan Skandal berkenaan atau tidak atau cuba membersihkan Ko-Nelayan daripada karat rasuah yang sudah mendarah daging dalam Operasi Diesel Bersubsidi sejak 2006 lagi.

Dengan kerjasama Pegawai Kanan KPDNK, kebanyakan diesel bersubsidi yang dibekalkan di jeti swasta tidak mempunyai tag nano bagi mengelak tangkapan atau dikesan.

Semua depoh di Sandakan dan Tawau hanya membekalkan kira-kira 35 peratus diesel bersubsidi pada waktu siang, manakala bakinya 65 peratus dikeluarkan secara haram pada waktu malam untuk diseludup keluar dan dijual di pasaran gelap oleh beberapa syarikat pengumpul diesel milik JC Petroleum.

Sebelum ini seorang pegawai penguatkuasa KPDNK telah membuat laporan kepada menterinya bahawa beliau pernah diugut ‘Mr Tay’ dan seorang lelaki bernama Datuk Chin, tetapi beliau tidak membuat laporan polis kerana bimbang keselamatannya terancam kerana mereka mempunyai dalang di Balai Polis Sandakan.

Tinjauan Sabahkini.net mendapati sejumlah 16 juta liter diesel bersubsidi telah diagehkan di lapan kawasan di Sabah dalam tempoh satu bulan iaitu bermula 1 Jun 2009 hingga 30 Jun 2009 sebagai kerangka kajian.

Tiada ulasan: