Oleh: WFAUZDIN NS
SUNGGUH kita tidak mengerti mengapa YB Zulkifli Nordin begitu keras hatinya sejak kebelakangan ini. Bukan sekali dua beliau menimbulkan masalah di dalam PKR mahu pun di dalam PR. Cumanya pimpinan PKR sahaja yang terlalu memanjakan YB Zul seolah-olah beliau seorang YB yang terlalu berkaliber. Apa kelebihan YB Zul jika dibandingkan dengan YB-YB dari PKR yang lain? Sekiranya beliau ini benar-benar seorang pejuang Islam, tindak-tanduknya ternyata tidak melambangkan sedemikian.
Sikap suka mencari pasal, suka bertelagah, suka menghina orang lain bukan sifat seorang pejuang Islam. Menggelar seseorang `firaun kecil', menuduh ketuanya sendiri menyokong Kristian juga bukan sifat seorang pejuang Islam. Jika ini lah yang ditunjukkan oleh YB Zul, saya rasa PAS pun jijik hendak menerima orang sedemikian. Tempat yang paling sesuai buat beliau mungkin Umno. Dan, mungkin itu lah tujuannya yang sebenar.
Semenjak kita ikuti perkembangan dan tingkah laku YB Zul ini, ternyata beliau lebih selesa untuk berada di dalam Umno. Mungkin untuk terus mengistiharkan memasuki Umno beliau mungkin bimbang akan digelar `katak berketayap'. Jadi, jalan sebaiknya adalah untuk mencari pasal. Jika beliau diambil tindakan, beliau mempunyai seribu alasan untuk menjadi `katak berketayap'. Rugikah kita jika dibiarkan YB Zul ini menjadi `katak berketayap'?
Sudah tentu amat baik dan bertuahnya jika YB Zul keluar segera. Alangkah bermaruahnya jika YB Zul kosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baru terlebih dahulu sebelum mengistiharkan diri menjadi `katak berketayap'. Buat pimpinan PKR, tiada masa lagi untuk kita bermanja dengan orang seperti ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan